Skip to main content

Posts

Showing posts from February 23, 2014

Makan dan makan di KFC..

Walaupun cuaca panas dan kering, itu tidak membataskan aktiviti kami sekeluarga hari ini. Hari ini kami sekeluarga di jemput menghadiri jamuan hari lahir shahnor. Kami panggil hari tua.Yelah dulu tak sempat nak ajak kawan-kawan sambut birthday.Yang penting persahabatan kami akan kekal selamanya dan yang paling utama anak-anak kami kenal antara satu sama lain. Berkumpul dan berbual dan merancang agenda seterusnya menjadi topik bualan kami..  Kawan sekolah rendah yang hadir pada majlis shahnor Birthday boy bersama familynya. Pakai baju kotak merah hitam tu kawan sekelas Aina. Dulu sekelas dengan shahnor dan lina.Sekarang anak pula sekelas..  Oh..kawan-kawanku, korang memang ohsem dan best..Semoga persahabatan kita kekal selamanya Ano azimah,dekna,rozi,lina,ano azlina,ela,J dan aku.  Apalah yang dibualkan mereka bertiga.. Kepada Shahnor dan lina, semoga dimurahkan, dilimpahi rezeki dan berbahagia ke akhir hayat.