Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Roti Jala chenachenis

Disebabkan kerajinan yang melampau, maka terhasillah roti jala versi chenachenis. Mudah sangat membuatnya. Yang penting kena rajin. Di tambah dengan pembantu yang suka sangat menolong di dapur. Kakak melipat dan adik tugasnya mengacau adunan roti jala. Resepinya 3 cawan tepung gandum 3 cawan air Tambah 1/2 cawan susu segar (tak guna santan) Sedikit garam Sedikit pewarna kuning 1 biji telur 2 sudu minyak Gaul semua adunan sehingga sebati dan masukkan ke dalam acuannya. Bolehlah dijala di atas kuali dan dibiarkan beberapa saat. Angkat roti jala, kemudian bolehlah digulung ataupun dilipat. Disebabkan aina tak pandai menggulung, maka terhasillah roti jala setiga. Bila dah siap bolehlah di makan dengan kuah kari ayam..Yum yum..Sesuai sangat di makan untuk minum petang. Selamat mencuba...

Jiran baru

Rasanya sudah 6 minggu kami mendiami rumah baru yang dibeli 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah..Seronok tak terkata.Walaupun hanya rumah teres setingkat dan tidaklah sebesar manapun. Janji kita puas hati.Sesuai sangatlah dengan keluarga kecil kami. Jiran baru... Sudah tentu.Kiri, kanan, depan dan belakang adalah jiran baru.Majoriti yang mendiami kawasan perumahan baru ini adalah Melayu. AB tak kisah jiran Melayu,Cina dan India..janji baik dan tolong menolong antara satu sama lain. Beruntung kiranya kita dapat jiran yang baik. Sebab jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita. Kalau ada masalah jiranlah yang akan datang dahulu, barulah saudara mara kita. Jiran jugalah yang akan tengok-tengokkan rumah kita time kita tiada di rumah. Jiran sebelah AB, Puan Linda dan suaminya Encik Fauzi. Keduanya orang Pahang. Sebelah Linda namanya Puan Fazila. Orangnya  kecil molek.Sebelah Fazila, Puan Suraya, Puan Ziana,Puan Fara,Puan Zaroma dan Puan Hajar. Jiran sebelah kiri masih

Selesai jua hutang ku..

Alhamdulillah..Akhirnya berjaya juga melunaskan hutang kereta Waja Campro ini selama 9 tahun.. Terasa lapang fikiran. Selepas ini bolehlah kami sekeluarga fokus dan meneruskan perancangan kami untuk tahun hadapan. Beli kereta baru?..Emmm..kereta ini masih berkeadaan baik.Rasenya mungkin tidak untuk masa ini.. Meminjam memang senang tapi nak buat bayaran setiap bulan tu yang liat.Terasa sayangnya duit  Bayangkan selama 108 bulan dengan bayaran RM634.00 sebulan. Nak beli kereta pun mungkin kami akan beli kereta terpakai sahaja yang masih bagus dan baru. Kereta ni bukannya aset.Keluar dari kedai dah pun jatuh harga. Inikan kereta yang dah 9 tahun. Prinsip kami biarlah kita berbelanja dibawah kemampuan kita. Jangan ikut orang sangat.. Rasa nikmat sangat pandu kereta yang bebas hutang  Sekian..