Jiran baru

Rasanya sudah 6 minggu kami mendiami rumah baru yang dibeli 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah..Seronok tak terkata.Walaupun hanya rumah teres setingkat dan tidaklah sebesar manapun. Janji kita puas hati.Sesuai sangatlah dengan keluarga kecil kami.

Jiran baru...

Sudah tentu.Kiri, kanan, depan dan belakang adalah jiran baru.Majoriti yang mendiami kawasan perumahan baru ini adalah Melayu. AB tak kisah jiran Melayu,Cina dan India..janji baik dan tolong menolong antara satu sama lain. Beruntung kiranya kita dapat jiran yang baik. Sebab jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita. Kalau ada masalah jiranlah yang akan datang dahulu, barulah saudara mara kita. Jiran jugalah yang akan tengok-tengokkan rumah kita time kita tiada di rumah.

Jiran sebelah AB, Puan Linda dan suaminya Encik Fauzi. Keduanya orang Pahang. Sebelah Linda namanya Puan Fazila. Orangnya  kecil molek.Sebelah Fazila, Puan Suraya, Puan Ziana,Puan Fara,Puan Zaroma dan Puan Hajar.

Jiran sebelah kiri masih kosong tapi tuan rumah kami dah kenal, namanya Encik Mie. Bila nak pindah? Mungkin tak tahu lagi katanya..

Sebabnya sekarang ini beliau menetap di rumah orang tuanya dan menjaga orang tua yang sedang sakit.

Kami cadangkan sewakan sahaja rumah daripada kosong sahaja.Oleh itu kami tak de lah sunyi sangat kan...

Itu baru barisan sederet kami, jiran hadapan pula namanya Puan Zihan dan suaminya En.Izat. Puan Zihan orang Kelantan dan suaminya orang Muar,Johor. Sebelah Zihan Puan Zura dan suaminya..yang ni keduanya orang Pahang.Sebelah Zura, Puan Ain,Puan Fyda, Puan Ayu,Puan Masturah,Puan Siti dan Puan Norizan.

Disebabkan ini adalah taman baru, ramai lagi jiran yang belum berpindah. Harap selepas ini ramailah yang akan berpindah tahun hadapan. Cepat-cepatlah berpindah wahai jiran-jiranku yang lain..

Curi Kereta..

Kejadian pecah masuk rumah ini bukan pertama yang berlaku. Minggu ini sahaja telah berlaku 2 kes pecah rumah di kawasan Taman AB pada hari yang sama. Memang sedih dan sakit hati bila dapat tahu kereta yang ditinggalkan di rumah pun dicuri.Mereka pecah masuk dan mencuri di waktu siang hari yang mana tuan rumah keluar bekerja. Mungkin juga faktor kedudukan rumah yang bukan bertentangan dengan jiran dan sunyi amat memudahkan pencuri melakukan aktiviti mereka.

Takziah buat jiranku En.Megat dan Puan Awin sekeluarga yang kehilangan kereta, barang kemas,TV.Begitu juga En Haris sekeluarga atas musibah yang menimpa.

Bila dengar sahaja berita sedih ni..semakin risau nak tinggalkan rumah. Ada jiran dah bercadang nak pasang CCTV dan Alarm..

Untuk tingkatkan security dan keselamatan apa salahnya..

Selain itu sebelum keluar rumah bacalah ayat kursi dan bertawakal kepada Allah.

InsyaAllah rumah kita dilindungi segala bencana...








Comments

  1. Alhamdulillah...


    Bahaya tu... kat mn2 pun ada kejadian pecah rumah...

    Nauzubillah minta dilindungi keluarga kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin risau lah anies nak tinggalkan rumah lama-lama sekarang ni

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK