Skip to main content

Posts

Showing posts from December 16, 2013

Frozen memang best..

Assalamualaikum...semoga sihat dan ceria selalu..kalau musim cuti sekolah aktiviti kami mesti bawa Aina dan Anis menonton wayang. Seperti biasa, kami berempat akan ke GSC 1 Utama..Dapatlah tiket menonton filem animasi dari Disney FROZEN.. Memang seronok menonton filem ini. Filem ini padat dengan komedi yang menghiburkan, pengembaraan dan muzikal. Terdapat pelbagai elemen perasaan seperti kegembiraan, kesedihan, kasih sayang, percaya mempercayai, kesabaran dan lawak. Filem ini mengisahkan pengembaraan Puteri Anna bersama Kristoff dan seekor rusa 'Sven' untuk mencari kakaknya, Puteri Elsa yang memiliki kuasa sihir. Kuasa sihir kakaknya telah mengubah seluruh negara Arrendell, kepada musim sejuk. Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh mereka berdua dan kehadiran watak  'Olaf' ciptaan kakaknya memang melucukan.. Puteri Elsa dan Puteri Anna Watak Olaf dan Sven Tiket wayang untuk 4 orang..hehehe Lagu "Let It Go" Memang seronok