Posts

Showing posts from May 5, 2014

Oly Lukis wajah karikatur

Image
Inilah gambar lukisan karikatur yang dilukis oleh olylukis ketika kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 semalam di PWTC.Puas hati dengan hasil lukisan oly.Pertama kali wajah kami dilukis dalam karikatur hitam putih..

Comel aina dan anis..hehehe(puji anak sendiri)..yang paling over, siapa lagi ai lah..papa aina anis..nampak muka sedih, sebab selsema semalam..
Mr Oly lukis memang cepat..hanya melihat wajah kami, dia boleh menyiapkan lukisan tak sampai 10 minit..Hebat kan...
Semalam adalah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC, memang seronok..beli buku dapat buku percuma..aina paling seronok dapat memilih sendiri buku yang ingin dibelinya..Kalau ikut kan hati nak tunggu sampai malam..tapi tak boleh, dah nak petang pengunjung makin ramai dan bersesak. Kami pergi waktu pagi, selesa sikit berjalan dari satu gerai ke gerai lain..
Kita tunggu tahun depan pula ye..nak borong buku..