Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

UMUR SESUAI PAKAI PENDAKAP GIGI

2 minggu yang lepas, papa aina bawa aina berjumpa dengan Doktor Gigi.Bukan nak cabut gigi ye.Tujuannya nak check gigi aina. B ilakah umur yang sesuai untuk aina memakai pendakap gigi? Now aina baru berumur 9 tahun.Dentist bertanya kepada aina mengapa aina nak pakai braces?.Diejek kawan ke?Tak doktor gigi saya bawah tak tersusun dan tidak rata.kata aina. Aina nak gigi cantik. Katanya. Doktor check gigi aina memang tak rata dan tersusun.Doktor informed umur yang sesuai adalah seawal 12 tahun ke atas. Dan bila diperiksa gigi kekal aina ada yang belum tumbuh. Doktor puji lah kami kerana umur sekarang memang sesuai untuk bawa anak berjumpa dengan doktor gigi minta pandangan dan nasihat if nak anak pakai braces. Alhamdulillah..gigi aina tak rosak dan tidak berlubang.Pandai jaga gigi. Tapi kena cuci gigi tu. Kembang Kempis hidung aina bila di puji.Happy nya dia.Time nak cuci..Aina menangis..Kenapa ni?.Jumpa doktor gigi dah bagus..Rupanya...aina menangis sebab dia lapar masa

MENGENAL SEJARAH:MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU & MUZIUM SENI KRAFT ORANG ASLI

MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU Destinasi kami berempat seterusnya ke Muzium Etnologi Dunia Melayu. Di sini kita dapat mengenal sejarah,seni kraft,teknologi,kebudayaan, alatan muzik,tarian ,pakaian tradisional,alatan permainan dan alatan dapur semasa kegemilangan masyarakat Melayu. Pelbagai jenis senjata seperti keris dipamerkan dan setiap keris mempunyai identiti dan ukiran tersendiri.Ada keris panjang dan pendek. Kami tertarik di satu sudut terdapat busana perkahwinan dan hiasan seperti cucuk sanggul,sikat,caping,hiasan kaki dan penyangkut kelambu. Memang menarik dan betapa kreatifnya masyarakat Melayu ketika itu.Begitu seni,teliti dan berkemahiran tinggi. Seronok sangat berada di Muzium ini,sejuk tau..Ada bau muzium pula tu..kalau boleh nak berlama-lama di sini.. link: Muzium Negara Antara gambar yang diambil: Pelbagai jenis keris Pelamin dan pakaian pasangan Raja Sehari..sama je pakaian perkahwinan mak dan abah Temba

MENGENAL SEJARAH:MUZIUM NEGARA

Kali terakhir ,saya melawat Muzium Negara semasa sekolah rendah.Lamanya tak ke sana. Bila dah berkahwin, anak-anak pun dah bersekolah rasanya mereka perlu melawat Muzium Negara. Muzium Negara merupakan tempat menarik di Malaysia dan yang belum melawat bawalah anak-anak dan keluarga ke sana semasa musim cuti sekolah nanti. Anak-anak pasti suka dan teruja kerana banyak khazanah,artifak sejarah,cerita dan rujukan yang boleh dipelajari. Pada 4.9.2016, AB dan suami telah membawa Aina dan Anis ke Muzium Negara.Seronok mereka berdua kerana ini lah pertama kali ke sana. Apa yang menarik di Muzium Negara Muzium Negara terbahagi kepada 4 seksyen iaitu: Galeri A: Sejarah Awal Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu Galeri C:Era Colonial Galeri D: Malaysia kini Antara-antara gambar yang sempat diambil mengikut seksyen.Setiap galeri menyimpan kisah-kisah menarik. Galeri A: Sejarah Awal. Galeri yang menyimpan bukti-bukti tinggalan artifak budaya Masyarakat awal di Mal

LUKISAN RUMAH TOK CHAI

Inilah aktiviti kami tiga beranak di rumah semalam.Lukisan apa ni Anis?Inilah rumah Tok Chai. Rumah buruk Tok Chai. Aku..pula..Tok Chai. Siapa Tok Chai?? Suka hati je Anis ni gelar rumah ni rumah Tok Chai. Alah mama.Movie yang kita tengok di Cinema Hantu Raya Tok Chai tu, kata Aina pula. Dia takut tengok cerita tu, kata Aina. Tu pasal lah dia lukis rumah tu. Ooh ye ke kakak. Tapi kenapa warnanya colorful ye Anis. Jawapan Anis sebab rumah tu buruk lah mama.Ada-ada lah Anis ni. Lukisan Anis..Rumah Buruk Penat mewarna. Masa untuk lunch. Semalam dengan berbesar hati masaklah ketam masam manis. Beli 5 ekor ketam. Sebenarnya nak masak kari ketam.Disebabkan terlupa nak beli kelapa parut. Jadi masaklah ketam masam manis. Kami sekeluarga  memang gemar makan ketam. Sebulan sekali AB akan beli ketam. Kalau nak pilih ketam pilihlah yang betina. Sebabnya ketam betina isinya padat dan tersimpan telur. Puas hati makan. Nenas pula memang tak beli, kita ganti dengan

MERDEKA 2016 #SEHATI SEJIWA

Alhamdulillah..Syukur 59 tahun negara kita merdeka.Semoga negara kita terus aman harmoni dan sejahtera serta sentiasa dilindungi oleh Allah SWT ..Semoga kita terus bersatu hati dan bersatu padu dalam apa jua masalah yang mendatang. TEMA HARI KEMERDEKAAN  MALAYSIA 2016 Pada tahun ini SEHATI SEJIWA telah dipilih sebagai tema hari kemerdekaan yang melambangkan semangat perpaduan, kesefahaman,kekitaan dan kemanusiaan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah sentiasa mensyukuri dengan keamanan yang kita kecapi dan miliki sekarang ini dan teruslah bersatu padu.Jauhilah diri kita dari sikap negatif ,buruk sangka dan iri hati. Jagalah tatasusila dan pertuturan kita di mana saja dan bebaslah minda kita daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum. Akhir sekali ..Sekali Merdeka , Selamanya kita Merdeka. MERDEKALAH MALAYSIA.