Skip to main content

Posts

Showing posts from January 9, 2014

Dah berpindah milik.....

Laptop kesayanganku yang kini dah berusia hampir 9 tahun.Kini menjadi milik Aina dan Anis.. Wah..seronoknya aina main game. Lepas ni bolehlah ajar cara nak open microsoft word, save and print. Cadangnya sebelum itu nak belikan tab yang murah, tapi bila difikirkan rasa macam membazir..Jadi berikan saja laptop yang banyak berjasa pada kakak dan adik-adik azlea. Dengan laptop inilah diorang buat assignment masa belajar di Universiti..sekarang diorang pun dah bekerja dan berkahwin, maka dikembalikan semula kepada tuan punya laptop ini.. Tak mengapa walaupun azlea tak guna lama pun laptop ni..janji puas dapat tolong adik beradik yang lain kan. Jadi lepas ni Aina dan Anis tak boleh kacau mama lagilah..kalau tak mama nak tengok upin ipin.Padahal tiap-tiap hari tengok upin upin di TV...alahai sayang...