Skip to main content

Posts

Showing posts from September 30, 2014

Lagu Pilihan Nasyid

Assalamualaikum.. Kembali bersiaran selepas penat bekerja.So hari ini kita dengar lagu kegemaran aina dan anis. Lagu nasyid Rasulullah dari kumpulan Hijaz.Diorang berdua memang suka sangat lagu ni.Lebih-lebih lagi anis memang hafal lagu ni. Sebenarnya banyak lagi pilihan lagu nasyid yang aku memang suka.Antaranya Raihan,Inteam,Rabani dll. Album pertama Puji-Pujian dari kumpulan nasyid Raihan memang wajib ada  dalam kereta.Senang,kalau dah bosan dengar lagu yang radio putarkan, kita dengar lagu nasyid. Rasa tenang, aman dan sejuk je hati. Aku memang penggemar irama nasyid sejak sekolah dulu. Lagipun lagu nasyid banyak membawa mesej dan nasihat yang disampaikan.Lirik lagunya mengajak kita kearah kebaikan dan melodinya boleh membawa ketenangan jiwa. Semoga lagu nasyid tetap menjadi pilihan dan menjadi lagu evergreen pada masa akan datang. -tamat-