Assalamualaikum.. Selamat Hari Wanita buat insan hebat yang bergelar wanita. Semoga menjadi wanita solehah dunia dan akhirat,tabah menghadapi segala ujian, di segani, dihormati, di sayangi, berakhlak mulia dan berilmu. PERUTUSAN KHAS YB DATOā SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 8 MAC 2014 Hari Wanita Antarabangsa 2014 membawa seribu pengertian kepada setiap wanita di Malaysia, kerana hari ini merupakan hari pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan, pengorbanan serta perjuangan wanita generasi terdahulu yang menjadi sumber insipirasi wanita masa kini. Tema yang diperkenalkan oleh UN-Women, ā Equality for Women is Progress For Allā, menjadi penyuntik semangat supaya wanita-wanita lebih bersedia berganding bahu di arus perdana bersama kaum lelaki untuk terus memacu jentera pembangunan Negara, selain berperanan sebagai pengukuh ikatan kekeluargaan. Harapan saya, misi Hari W...