Skip to main content

Posts

Showing posts from July 26, 2013

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan

Syukur Alhamdulillah  pejam celik pejam celik, kini kita berada di pertengahan Ramadhan. Sempena hari ini, hari Jumaat 26 Julai 2013, kita menyambut Nuzul Al-Quran. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1434H kepada seluruh umat Islam semua. Bersama-samalah kita menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al- Quran iaitu  turunnya ayat A l-Qur'an  yang pertama kepada  Nabi Muhammad s.a.w.   pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di  Gua Hira '. Semoga Allah memberkati dan merahmati amalan kita setiap hari..Amin..