Skip to main content

Posts

Showing posts from June 2, 2014

Ramadhan semakin menghampiri kita

Sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.   Menerusi takwin Islam,tarikh awal Ramadhan atau bulan puasa jatuh pada Ahad 29 Jun 2014 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435H. InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari Ahad.. Tak sabar rasanya..Tapi adakah kita sudah bersedia dan bergantikah puasa yang dah tinggal dan persiapan jiwa dan rohani?  Tahun ini harapan agar aina dapat berpuasa penuh..Itu pun aina dah tanya macam-macam ..kalau tak larat boleh tak kakak buka puasa katanya..hehehe..Zaman kanak-kanak adalah zaman yang indah terutama semasa belajar berpuasa. Rasanya nak balik ke zaman tersebut.. Bulan Ramadhan adalah bulan menambah pahala di mana pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka tertutup rapat .Pada masa itu lawan manusia adalah nafsu. Oleh itu kita digalakkan bersedekah untuk menambah pahala,iman dan rezeki. Bersedekahlah dengan nama Allah S.W.T bukan semata untuk menunjuk-nunjuk. Ada orang kata bulan