Ramadhan semakin menghampiri kita

Sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Menerusi takwin Islam,tarikh awal Ramadhan atau bulan puasa jatuh pada Ahad 29 Jun 2014 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435H. InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari Ahad..


Tak sabar rasanya..Tapi adakah kita sudah bersedia dan bergantikah puasa yang dah tinggal dan persiapan jiwa dan rohani? Tahun ini harapan agar aina dapat berpuasa penuh..Itu pun aina dah tanya macam-macam ..kalau tak larat boleh tak kakak buka puasa katanya..hehehe..Zaman kanak-kanak adalah zaman yang indah terutama semasa belajar berpuasa. Rasanya nak balik ke zaman tersebut..

Bulan puasa

Bulan Ramadhan adalah bulan menambah pahala di mana pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka tertutup rapat.Pada masa itu lawan manusia adalah nafsu. Oleh itu kita digalakkan bersedekah untuk menambah pahala,iman dan rezeki.Bersedekahlah dengan nama Allah S.W.T bukan semata untuk menunjuk-nunjuk.


Ada orang kata bulan Ramadhan adalah bulan rezeki bagi peniaga-peniaga untuk mendapatkan pendapatan yang berlipat ganda. Sekarang ini pun, sudah ada peniaga yang telah membuka  tempahan untuk biskut-biskut raya..belum masuk bulan Ramadhan lagi tu..


Dan seperti tahun-tahun yang sudah, tibanya bulan Ramadhan, mesti ada Bazar Ramadhan. Bukan sahaja Bazar Ramadhan, tauke kedai perabot, kedai baju,pasar raya akan mengadakan jualan potongan harga sempena persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Bulan puasa


Semua orang mempunyai pendapat sendiri tentang persediaan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri. Membuat persediaan awal akan memberi fokus kepada Ramadhan. Kerana setiap detik dengan amalan yang berharga dapat membersihkan jiwa, rohani dan mendekatkan diri kepada Allah.

Sambutlah Ramadhan dengan penuh kesyukuran kerana telah datang seribu rahmat bagi umat Islam. Sambutlah Syawal dengan penuh kegembiraan setelah berjaya menjalani ibadah puasa dan ibadah lain sepanjang Ramadhan.


Semoga Ramadhan ini akan menjadi Ramadhan yang terindah buat kita semua.












Comments

  1. Semoga ramadhan kali ni akan jadi ramadhan terbaik kita... amin

    ReplyDelete
  2. Tak sampai sebulan jer lagi kan...sekejap sungguh masa berlalu

    ReplyDelete
  3. Kejap je nak ramadhan. Harap2 sempat btemu ramadhan kali ni.

    ReplyDelete
  4. Sedar tak sedar dah nak Ramadan. Ganti puasa tak habis lagi T.T

    ReplyDelete
  5. emm tanpe sdar ramadan dah semakin dkat..semoga thun ni menjadi yang terbaik untuk kita semua dalam mancari pahala yg berganda..

    ReplyDelete
  6. Kejab ajekan AB..Less than one month..Semoga Ramadhan kita akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni..

    ReplyDelete
  7. Fiza pun suke bulan puasa sebab kerja boleh balik awal.. hehe...

    ReplyDelete
  8. 2 minggu lebih je lagi... x sabar rasanya... :)

    ReplyDelete
  9. 29 june jatuh hari lahir niesa!hikhik...sibuk nk bg tau...puasa x habis ganti lagi niii...adoi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK