Assalamualaikum semua.. Hari ke hari semangat berblog semakin merundum. Bila mood merundum rasa nak tutup blog ni pun ada juga. Kesian blog pula dipersalahkan.Memang tak patut. Kalau dulu ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan. Bila virus M telah menguasai diri, hilang semangat untuk menulis dan menerbitkan entri sehinggakan nak buka laptop pun malas. Kepada semua pembaca setia, mohon maaf atas kekhilafan ini andai tidak menjenguk anda kembali. Moga diberi semangat yang membara seperti dulu. p/s: sedang membina semula semangat berblog.