Skip to main content

Posts

Showing posts from June 29, 2013

Penjagaan kesihatan yang menyeluruh

Kesejahteraan sering dikaitkan dengan keadaan dimana kita bebas daripada sebarang penyakit.Maka sudah tentulah kita dianggap seorang yang sihat seandainya kita tidak mengidap sebarang penyakit.Namun ada pula yang beranggapan walaupun kita tidak berpenyakit, kita tidak semestinya berkeadaan sihat. Kesejahteraan sebenarnya berkait rapat dengan gaya hidup seseorang.Setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri;memberikan pemakanan asas terbaik pada tubuh,mengawal berat badan serta tidak lupa untuk bersenam.Di samping itu,risiko kesihatan seperti merokok,pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah haruslah dielakkan bagi memelihara kesejahteraan dan kesihatan diri. Tiga langkah mudah untuk mendapat kesihatan dan kesejahteraan yang optimum: Langkah 1: Anti- Penuaan Penuaan sebenarnya bermula diperingkat selular.Ia berlaku akibat daripada kerosakan molekul seperti DNA yang merupakan asas sel tubuh.Apabila semakin hari DNA kian lusuh d

Tip penjagaan gigi anak

Pada usia enam bulan gigi susu akan mula tumbuh. Ketika berumur dua tahun, si manja akan memiliki set gigi susu yang lengkap sepenuhnya. Ketika dia masih kecil, kita yang membantu untuk memberus giginya. Tapi kin i anak anda sudah besar. Adakah anda harus terus membantunya atau ajar agar dia dapat melakukannya sendiri?  1-AJAR ANAK CARA YANG BETUL Mulakan dengan memberus gigi mereka. Menurut Pakar pergigian, ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan mulut kanak-kanak adalah bersih sehingga dia berusia enam tahun. Anda boleh mengajarnya memberus gigi sendiri pada usia tiga hingga empat tahun supaya dia boleh berdikari. Sebelum itu, anda mestilah memberus gigi si kecil sebagai pelajaran pertamanya tentang kebersihan pergigian dan secara tidak langsung akan menjadi rutin hariannya selepas makan. Anda juga perlu memastikan si manja menggunakan peralatan yang betul seperti berus gigi yang sesuai dengan peringkat usia tiga hingga empat tahun.

Filem Animasi - Epic yang menghiburkan

Cuti sekolah baru-baru ni sempatlah bawa Aina & Anis menonton wayang filem animasi "Epic" di Curve. Tak rancang nak menonton wayang pun hari tu,saje berjalan di Curve.Tulah, kalau yang plan mesti tak jadi,tapi yang tak plan mesti jadi.Kenapa ye? Tergerak hati tu ajak abang tengok wayang.Melompat-lompat Aina dan Anis bila dengar nak tengok wayang.Teruja sangat.sebab last bawa diorang tengok cerita Seafood.Masa nak beli tiket, wayang dah nak start tapi iklan dulu.jadi sempatlah tengok beginning.Orang pun tak ramai.Seat pun banyak yang kosong.Jadi duduk tak ikut nombor tiketpun.Hehehe.Layanz.. Aina..peace Anis ..Yeaee  Cerita ini bermula dengan kepulangan Mary Katherine (MK) bertemu ayahnya yang tinggal keseorangan di temani anjingnya berkaki tiga (Ozzy) di pinggir hutan. Ayah MK memberitahu MK bahawa ada makhluk kerdil tinggal  di dalam hutan. Jadi untuk membuktikannya ayahnya telah memasang kamera di setiap hutan untuk merakam gerak-geri mak

Berkunjung ke Sungai Sendat Hulu Yam Bharu

Disebabkan cuaca panas dan dijangka akan panas sehingga september ni, apalagi sungailah jawabnya.Aina dan Anis paling gembira sebab mereka tidak pernah mandi sungai.selalunya mandi di kolam sahaja.Planning hari tu nak breakfast kat sungai, tapi tak jadi,tapi sempat tapau roti telur untuk si chena chenis.Perjalanan nak ke sana tak jauh ambil masa 15 minit je. Kami singgah ambil along.Along pun excited jugak nak mandi sungai,dah lama tak mandi sungai katanya. Sampai di sana dah ada pengunjung ambil tempat kami. Datang dari subang.Sempat berkenalan dengan diorang. Tak kira orang ada ke tak..kami apalagi terus terjun.Nyaman dan segar,bestnya..sejuk.. Kalau ikutkan nak berendam lama.Tapi dah planning nak ke One Utama dan Ikea petang tu.Terpaksalah balik awal. Selamat tinggal, nanti kami datang lagi..tunggu..