Skip to main content

Filem Animasi - Epic yang menghiburkan

Cuti sekolah baru-baru ni sempatlah bawa Aina & Anis menonton wayang filem animasi "Epic" di Curve. Tak rancang nak menonton wayang pun hari tu,saje berjalan di Curve.Tulah, kalau yang plan mesti tak jadi,tapi yang tak plan mesti jadi.Kenapa ye? Tergerak hati tu ajak abang tengok wayang.Melompat-lompat Aina dan Anis bila dengar nak tengok wayang.Teruja sangat.sebab last bawa diorang tengok cerita Seafood.Masa nak beli tiket, wayang dah nak start tapi iklan dulu.jadi sempatlah tengok beginning.Orang pun tak ramai.Seat pun banyak yang kosong.Jadi duduk tak ikut nombor tiketpun.Hehehe.Layanz..


Filem animasi Epic
Aina..peace

Filem animasi epic
Anis ..Yeaee
Filem animasi epic
 Cerita ini bermula dengan kepulangan Mary Katherine (MK) bertemu ayahnya yang tinggal keseorangan di temani anjingnya berkaki tiga (Ozzy) di pinggir hutan. Ayah MK memberitahu MK bahawa ada makhluk kerdil tinggal  di dalam hutan. Jadi untuk membuktikannya ayahnya telah memasang kamera di setiap hutan untuk merakam gerak-geri makhluk ini. MK tidak percaya dan anggap ayahnya tidak normal.
Filem animasi epic
Ni ayah MK
Ayahnya telah mendapat signal bahawa terdapat gerak-geri makluk kerdil ni dan meninggalkan MK keseorangan di rumah. MK bosan dengan sikap ayahnya dan meninggalkan nota dan semasa hendak melangkah keluar,tiba-tiba ozzy berlari menuju ke hutan. MK berlari mengejar Ozzy si kaki tiga masuk ke dalam hutan.
filem animasi epic
Mub dan Grub yang melucukan
Pada masa yang sama Queen Tara perlu mendapatkan Lenggai.Lenggai ni nadi hutan dan waris hutan.Lenggai perlu di bawa ke Nim Galuu dan perlukan cahaya bulan untuk mekar. Dalam proses mencari lenggai Queen Tara telah bertemu dengan Si Lintah dan Siput (Mub dan Grub) yang sangat kelakar.Mub dab Grub bercita-cita nak jadi Pahlawan Leafman. Dahlah jalan lambat. Ada hati nak jadi pahlawan. Aina & Anis ketawa bila ada adegan yang lucu dari Mub & Grub. Anis pulak  orang dah habis ketawa,dia tak habis lag.

Ketika inilah puak Boggan (watak jahat) yang diketuai oleh Mandrake datang untuk membunuh Queen Tara. Mereka berjaya bunuh Queen Tara, tetapi sebelum tu, Queen Tara sempat menyerahkan Lenggai kepada MK yang kebetulan telah masuk ke dunia fantasi dan menjadi kerdil. 

Puak Boggan tak puas hati lagipun anaknya dah mati, dan berlakulah pertempuran antara puak Queen Tara dan Boggan untuk merampas lenggai. MK telah meminta pertolongan ayahnya untuk mendapatkan lenggai.
filem animasi epic
MK nak minta pertolongan dari ayahnya
Akhirnya lenggai berjaya mekar dan hutan berjaya diselamatkan daripada puak boggan yang jahat.Kalau nak cerita habis memang panjang.. Tapi cerita ni memang best..tak bosan, santai dan relaks. Sesuai sangat untuk family...Ok sampai sini saje. 



Comments

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...