Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Baju Kurung untukmu sayang..

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menyiapkan baju kurung untuk Aina dan Anis.. Gigih betul menyudahkan jahitan baju kurung tahun ini..Lega rasanya.. Seronoklah mereka berdua..Aina dapat 3 pasang baju kurung dan anis 2 pasang..Selalunya tahun-tahun sebelumnya beli yang ready made je.. Tahun 2014 pula terasa nak jahit sendiri baju kurung ..Belinya bulan Mac yang lalu..siapnya dua hari sebelum puasa.. Itupun mak dah bising-bising, kalau tak sempat nak jahit hantar je kat tukang jahit..Tukang jahit terima ke tempahan lagi ke mak?..Tak rasanya... Bangga kan..bila anak sendiri puji..cantiknya baju kurung kakak..mama ni semua pandai lah.. Bersengkang mata menjahit bunga baju leher kurung ni..lagipun dah lama sangat tak menjahit..buat pun slow ditambah lagi kerja-kerja harian dan hakiki.. Kalau tak disebabkan bekerja , boleh siapkan dalam masa 3 hari termasuk menggunting kain..Teringat lagi masa tolong kakak menyiapkan tempahan baju kurung raya pelanggan..memang lumayan

Ikea-June Sale Campaign

Assalamualaikum.. Jom shopping ke Ikea...Ikea akan mengadakan sale bermula 28 Jun 2014 sehingga 6 Julai 2014.. Klik sini  Ikea Sale .. Terima kasih  Nuffnang ..

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57

"MALAYSIA, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia  2014 ke 57. Tema ini dipetik daripada lirik lagu "Warisan'' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Tema ini dipilih untuk memyemarakkan rasa cinta dalam diri setiap rakyat Malaysia. Dengan rasa cinta ini akan mewujudkan masyarakat yang cintakan negara,sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan,kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Beringatlah

Jangan mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain..

Makan Burger Hitam-Loveats

Al-kisahnya di petang Jumaat yang lepas, Azlea dan family jalan-jalan cari kedai makan .Sebab dah bosan dengan area kedai makan di kawasan tempat tinggal kami, jadi my husband bagi cadangan makan steamboat.. Nak ke restoren steamboat adalah dalam 30 minit. Sampai je di sana, sorang customer pun tak ada. Jadi my husband tukar plan, apa kata kita ke Tanjung Malim, Perak depan tu je..Aina dan Anis dah bising membebel..ayat tak boleh tahan (alah..kita tak jadi makan kat sini ke?..kejap-kejap tukar..apalah papa ni).. Sampai di area Upsi, banyak lah deretan kedai makan..Terpandang satu restoren..menarik.. Restoren Loveats yang menghidangkan pelbagai jenis burger..Boleh cuba ni.. Dah sampai pun set burger.. untuk set kanak-kanak pun ada.. jangan risau kalau anak tak suka pedas.. Beef Burger the Black Pepper.. Cik..nak order apa? Walaupun terkejut dengan warna roti burger hitam , macam terbakar..tapi sedap, terasa dagingnya dan empuk.. Fries memang sedap ...

Movie How to Train Your Dragon 2

Cuti sekolah yang lepas 13,Jun sempatlah bawa aina dan anis menonton ' How to Train Your Dragon 2'. Movie yang dinantikan aina dan anis. Sebab dah berjanji, haruslah ditunaikan permintaan mereka berdua nak tengok wayang. Disebabkan movie ni baru sahaja ditayangkan, jadi tiket wayang mahal..lagipun aina dah kena beli tiket untuk dia.. Permulaan cerita pun dah kelakar...ada pertandingan naga menggunakan kambing biri sebagai bola di perkampungan Berk..Dalam pertandingan ini yang menang Astrid (girl friend Hiccup). Hiccup dan naganya Toothless tak masuk pertandingan sebab mencari kawasan baru.  Selepas pertandingan Astrid berjumpa dengan Hiccup menyatakan yang ayah Hiccup ( Stoick ) ingin Hiccup menjadi seorang ketua puak viking.. Entah macam mana mereka berdua telah ternampak sesuatu yang aneh di kawasan baru dan disitulah mereka berjumpa dengan Eret yang menangkap dan menjual naga kepada Drago. Siapa Drago? Drago ialah pemburu naga yang ingin menjadi orang ya

CPUV Nuffnang:Tune Money-Big Travel Wish

Bagi yang suka travel jangan lepaskan peluang ini kerana..Air Asia menawarkan percutian secara percuma bersama family anda. Kempen kali ini dari  Tune Money-Big Travel Wish . Terima kasih  Nuffnang .. Nak apply klik  big travel wish .mana tahu dapat melancong bersama family, kawan-kawan di mana-mana destinasi pelancongan Air Asia...

Hidup ini singkat

Sikap Jepun yang patut dipuji

Walaupun pasukan Jepun kalah 1-2 kepada Ivory Coast pada hari sabtu,14 Jun beberapa penyokong Jepun kelihatan telah mengutip sampah di stadium selepas perlawanan Piala Dunia . Sikap positif yang ditunjukkan oleh mereka patut dicontohi dan dipuji oleh penyokong bola sepak di negara ini malah seluruh rakyat Malaysia. Memang tidak dinafikan rakyat Jepun memang mementingkan kebersihan dan mempunyai disiplin yang tinggi . Tabiat yang pentingkan kebersihan ni lah terbawa-bawa sehingga ke negara orang..

Selamat Hari Bapa,Papa

Rasanya masih tak terlambat lagi nak ucapkan ' Selamat Hari  Bapa,   Papa'  dari mama, aina dan anis..We love you.. Untuk ayahanda tersayang Tuan Haji Bashir.. Selamat Hari Abah. .. Sayang abah ..Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Terima kasih mendidik kami menjadi insan yang berguna..Jasamu tak terbalas di dunia dan akhirat..begitu juga buat bapa mertua En. Deraman.. Selamat Hari Ayah. . Semoga Allah merahmati mu.. Semua yang bergelar bapa,abah,papa,daddy...'Selamat Hari Bapa'

Ulat Beluncas menyerang daun pokok

Sekarang ni musim ulat beluncas ..habis daun pokok bunga yang mak tanam di makannya..bukan itu saja..pindah ke pokok lain...banyak pulak tu.. Paling teruja Aina dan Anis ...baru pertama kali lihat ulat beluncas..Aina kata ulat ni mata nya macam monster..Macam-macam lah di tanya..Yang penting pelajaran sains untuk mereka.. Kitaran hidup ulat beluncas akan jadi rama-rama ..Oleh itu kita tak perlu melawat Taman Rama-Rama kerana, Opah dan Tok Dad dah ternak ulat beluncas..Terdiam seketika Aina dan Anis.. Baru perasan sepanjang jalan dari Sungai Tua ke Ulu Yam Bharu, banyak sangat rama-rama kuning pada waktu tengahari..terfikir banyak nya ulat..

CPUV Nuffnang:Petronas Primax 95

Terima kasih  Nuffnang .. Petronas telah melancarkan Primax 95 Baharu dengan Advanced Energy Formula. Kelebihan produk ini dapat mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga,membersihkan enjin sekaligus meningkatkan penjimatan petrol. Jadi sesuai sangatlah untuk perjalanan jauh.. Info lanjut klik  www.mymesra.com.my

Biarkan dendam berlalu pergi

Janganlah menyiksa diri kita dengan menyimpan perasaan dendam kepada seseorang.Kerana ia akan menghilangkan ketenangan jiwa,perselisihan,permusuhan,menjauhkan silaturrahim, menjadi seorang yang pemarah dan akan muncul penyakit hati yang lain seperti irihati,mengumpat,membohong,benci dan lain-lain. Jadilah insan yang mudah memaafkan orang lain dan melupakan kisah lama kerana ia adalah sifat yang mulia .InsyaAllah kita akan menjadi insan yang Hebat.

Tebus Patung kax -Celcom

Hari ni dapatlah tebus Kax Celcom..Comel lah juga patung ni..Kax ini ada dua warna biru dan ungu.. Setiap kax ni ada nama ye..Jersi 9 Remeo,Jersi 1Harley,Jersi 4 Peachy dan Jersi 7Foxy..Sekarang dah kumpul 4, ada lagi 4 kax iaitu Jasper (Argentina),Dolly (Brazil),Mia (Itali) dan Joey (Jerman). Bagaimana untuk mendapatkan kax  yang comel ni?  Mudah sahaja, pengguna celcom xpax  hanya perlu melanggan mana-mana pek di bawah ini dan belanja RM7.00 seminggu.  Ikut arahan di atas, kemudian kita akan menerima sms beserta kod khas untuk menebus kax di mana-mana Blue Cube atau Pengedar Celcom yang sah.. Dan jika kita melanggan  mobile internet pada harga RM38.00 akan mendapat 2 kax..yahoo..Next month boleh tambah lagi koleksi.. Untuk maklumat lanjut layari  www.xpax.com.my/kax

Selamat Pagi

Assalamualaikum ... Selamat pagi semua..Jangan lupa untuk mengucapkan  syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita sehingga kini.. Kesibukan dengan tugas-tugas hakiki  memaksa azlea melupakan sebentar aktiviti kunjung mengunjung..Ini pun sempat sekejap menjengah blog chenachenis sebelum bersiap nak ke office pagi ini.. p/s: Jumaat ini, semoga Allah mempermudah urusan ku..Amin..

CPUV Nuffnang:DKSH Tiger Balm Mosquito

Alhamdulillah..Terima kasih Mr. Nuffnang .Bermurah hati bagi lagi CPUV.  Kempen kali ini datangnya daripada  DKSH-Tiger Balm Mosquito. Tahniah juga pada blogger yang dapat kempen ni.. Kepada kawan semua, sudilah klik kempen ini ya.. (tapi tak pernah nampak pun kempen ni, waktu bila ye kempen ni menari-nari?)

Tiada kek di ulang tahun perkahwinanku..

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-8 Sekejap betul masa berlalu..Semalam 3-6-2014 adalah ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 tahun..Alhamdulillah..syukur Ya..Allah memanjangkan jodohku bersama suami ku sehingga ke saat ini. Semakin lama usia perkahwinanku semakin mendalam cinta terhadap suamiku. Kami bersyukur Ya Allah,diberikan rezeki yang cukup dan diberikan nikmat kesihatan serta kebahagian dalam keluarga.  Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai di kala dekat,saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka,saling ingat mengingati dikala bahagia,saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan. Ya Allah,sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada Sunnah Rasul-Mu. Ya Allah..indahkan rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci.Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma'-Mu.Penuhi kami

Ramadhan semakin menghampiri kita

Sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.   Menerusi takwin Islam,tarikh awal Ramadhan atau bulan puasa jatuh pada Ahad 29 Jun 2014 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435H. InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari Ahad.. Tak sabar rasanya..Tapi adakah kita sudah bersedia dan bergantikah puasa yang dah tinggal dan persiapan jiwa dan rohani?  Tahun ini harapan agar aina dapat berpuasa penuh..Itu pun aina dah tanya macam-macam ..kalau tak larat boleh tak kakak buka puasa katanya..hehehe..Zaman kanak-kanak adalah zaman yang indah terutama semasa belajar berpuasa. Rasanya nak balik ke zaman tersebut.. Bulan Ramadhan adalah bulan menambah pahala di mana pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka tertutup rapat .Pada masa itu lawan manusia adalah nafsu. Oleh itu kita digalakkan bersedekah untuk menambah pahala,iman dan rezeki. Bersedekahlah dengan nama Allah S.W.T bukan semata untuk menunjuk-nunjuk. Ada orang kata bulan

Filem Blended-Mesti gelak

Jom saksikan lakonan Adam Sandler dan Drew Barrymore dalam filem BLENDED.. Filem ini mengisahkan pasangan yang telah bercerai telah bersetuju tidak mahu bertemu lagi selepas sesi blind date mereka.. Tetapi dengan secara tidak sengaja mereka telah terserempak di Afrika dan telah terjebak berkongsi bilik suite di sebuah Resort Safari mewah di Afrika selama seminggu. Ini adalah gandingan kali ke tiga Adam Sandler dan  Drew Barrymore selepas  romantic comedies “50 First Dates” dan “The Wedding Singer. Kalau menonton offical trailer filem blended ni macam best.Tak sabar nak tunggu filem ini nanti.  Mesti kecoh dan banyak adegan lucu..