Baju Kurung untukmu sayang..

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menyiapkan baju kurung untuk Aina dan Anis..Gigih betul menyudahkan jahitan baju kurung tahun ini..Lega rasanya..

Seronoklah mereka berdua..Aina dapat 3 pasang baju kurung dan anis 2 pasang..Selalunya tahun-tahun sebelumnya beli yang ready made je..

Tahun 2014 pula terasa nak jahit sendiri baju kurung..Belinya bulan Mac yang lalu..siapnya dua hari sebelum puasa..

Itupun mak dah bising-bising, kalau tak sempat nak jahit hantar je kat tukang jahit..Tukang jahit terima ke tempahan lagi ke mak?..Tak rasanya...

Bangga kan..bila anak sendiri puji..cantiknya baju kurung kakak..mama ni semua pandai lah..

Baju kurung kanak-kanak

Bersengkang mata menjahit bunga baju leher kurung ni..lagipun dah lama sangat tak menjahit..buat pun slow ditambah lagi kerja-kerja harian dan hakiki..


Kalau tak disebabkan bekerja , boleh siapkan dalam masa 3 hari termasuk menggunting kain..Teringat lagi masa tolong kakak menyiapkan tempahan baju kurung raya pelanggan..memang lumayan..


Baju kurung aina dan anis dah siap..baju kurung sendiri belum lagi..Ini pun baru sahaja siap menggunting kain...belum hantar lagi kedai untuk jahit tepi lagi...nampaknya sabtu dan ahad depanlah baru boleh mula menjahit..hmmm..





Comments

  1. Bukan anak kak je puji. Ana pun nak puji. Cantik sangat. Kekadang jele ngan orang reti jahit ni. Siyesly ana tak suke menjahit. Huhu. Tapi seronok tengok orang jahit baju.

    ReplyDelete
  2. cptnya siap bju utk anak..untung pndai jhit ni..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...AB. Anda amat bertuah kerana ada bakat membuat baju sendiri. Tak perlu nak tempah. Cantik warnanya...ceria!:)

    Salam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  4. saya bab kait leher tu yg tak mahir ...

    ReplyDelete
  5. untungla boleh menjahit.. kalau dah buat sendiri mesti cantik dan yg paling penting kepuasan untuk diri..

    ReplyDelete
  6. Wah pandai jahit ya AB..boleh savekan...Nway salam Ramadhan ya...

    ReplyDelete
  7. Senang buat sendiri lagi, nak alter, nak adjust baju semua boleh buat ikut suka kita.

    ReplyDelete
  8. wahhh, siap awal hahhh bju anis, aina :D
    Kalahh kiteee. ehhee

    ReplyDelete
  9. buat bunga baju? mcm mn tu? mcm jahit mata lalt ke? ajar la sy

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK