Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

TAK SANGKA PULA..KE LADANG ORKID

Cerita Raya AidilAdha yang lepas. Kononnya nak ke rumah kakak saudara selepas mengunjungi ke rumah sepupu. Lain pula jadinya. Memang dah lama tahu kewujudan ladang ini. Disebabkan ladang ini dekat dengan rumah parents AB, jadi kita ni tak ambil tahu sangat. Oleh itu kami singgah sekejap ke ladang Orkid Phalaepnopsis. Teruja sangat bila kaki melangkah masuk.. cantiknya orkid. Wow! besarnya orkid ni. Ada pelbagai saiz dan pelbagai warna. Sedikit info tentang Orkid ini. Baka Orkid Phalaepnosis ini telah diusahakan oleh Waltex Biotex Sdn Bhd dan terletak di Kampung Sungai Kamin, Ulu Yam Bharu. Nak ke sini dari Kuala Lumpur mengikuti Jalan Sungai Tua dan mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Tak jauh pun. Keluasan ladang ini 6 hektar.  Syarikat ini telah menjalankan proses pembiakan dan kacukan secara komersial.Kalau dulu orang akan gunakan arang untuk menanam orkid. Tapi kini penanaman orkid ini di ganti dengan lumut tanah.  Kalau nak info lebih lanjut boleh ke W

BBQ BERSAMA FAMILY

Plan untuk ber BBQ bersama family memang dah lama kami berdua rancang.Tapi...masa dan date tidak mengizinkan kami.Bukan senang untuk mengumpul ke semua adik beradik bersama untuk merialisasikan rancangan ini. Alhamdulillah  pada 10 September 2016, segalanya berjalan dengan lancar.Walaupun ada yang tiada dalam majlis itu, namun cukup meriah . Kami kongsi rezeki bersama-sama. Memang seronok bila kita dapat gathering bersama family.Dapat berborak dan berkumpul bersama-sama dan eratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain.Lagipun ini first time kami buat barbeque setelah setahun berpindah ke rumah baru. Bahan-bahan yang di bakar malam itu . Ayam dan ikan kami beli di Econsave sahaja.  Kambing perap sebanyak 5 bekas kami minta adik belikan. Banyak tau...walaupun nampak macam tak cukup. Tempat pembakar tu dah lama sangat kami beli. Bayangkan 5 tahun lepas simpan dan masih baru lagi. Tahun 2016 baru kami guna.Walaupun tempat membakar tak sebesar mana pun. Cukup