Skip to main content

TAK SANGKA PULA..KE LADANG ORKID

Cerita Raya AidilAdha yang lepas. Kononnya nak ke rumah kakak saudara selepas mengunjungi ke rumah sepupu. Lain pula jadinya.

Memang dah lama tahu kewujudan ladang ini. Disebabkan ladang ini dekat dengan rumah parents AB, jadi kita ni tak ambil tahu sangat. Oleh itu kami singgah sekejap ke ladang Orkid Phalaepnopsis.

Teruja sangat bila kaki melangkah masuk.. cantiknya orkid. Wow! besarnya orkid ni. Ada pelbagai saiz dan pelbagai warna.

Sedikit info tentang Orkid ini. Baka Orkid Phalaepnosis ini telah diusahakan oleh Waltex Biotex Sdn Bhd dan terletak di Kampung Sungai Kamin, Ulu Yam Bharu. Nak ke sini dari Kuala Lumpur mengikuti Jalan Sungai Tua dan mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Tak jauh pun. Keluasan ladang ini 6 hektar. 

Syarikat ini telah menjalankan proses pembiakan dan kacukan secara komersial.Kalau dulu orang akan gunakan arang untuk menanam orkid. Tapi kini penanaman orkid ini di ganti dengan lumut tanah. 

Kalau nak info lebih lanjut boleh ke Waltex Biotex Sdn Bhd bnyak maklumat yang boleh diperolehi.

Antara gambar yang diambil ye..




Kalau boleh nak berlama-lama dalam ladang ini. Lagipun ber aircond, sejuk.Disebabkan nak balik dan dah tengahari, batalkan sahaja.Nanti boleh datang lagi. Masuk free je. Lagipun belakang rumah parents sahaja.

Dah masuk haruslah beli orkid ini. Katanya tahan lama. Alhamdulillah dah nak masuk dua bulan orkid yang AB beli. Harga..ada yang murah dan mahal. AB beli yang murah sahaja RM 10.00. Cantik..

Sebelum balik Adik AB beritahu.. Husband masing lapah lembu, kita ke ladang orkid..

Selamat terhibur ye..





Comments

  1. cantik2 belaka... blogger kak paridah ishak mesti suka kalu tgk ni ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...