Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

CPUV Nuffnang : Jacob's-Simple Pleasures

Alhamdulillah..rezeki sempena Hari Kemerdekaan Nuffnang telah menghadiahkan blog ini dengan kempen Jacobs Simple Pleasures. Nak tahu apa itu Jacob's Simple Pleasures, bukalah sesawang Jacob's Malaysia ye..ada contest dan hadiah yang menarik menanti.. Terima kasih pihak  Nuffnang  kerana berterusan memberi CPUV.

Salam Merdeka dari chenachenis

"Malaysia,Di sini lahirnya sebuah cinta" Merdeka ke-57 Klik  Sini  untuk aktiviti atau acara di peringkat Kebangsaan sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57.

Yuna-Langit #FlyingHigh

Lagu Langit nyanyian Yuna ini merupakan ciptaan bersama Yuna dan AG COCO untuk filem pendek bertajuk Terbang,a Malaysian story. Arahan Linus Chung dan Mohd Hisham yang membawa mesej 'Terus Cekal dan Terbang Tinggi di Langit'. Filem ini dibawakan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Bila dengar lagu ini rasa sedih dan sayu..Semoga Allah merahmati mangsa MH17 dan MH370..dan MAS akan terus cekal dan terbang tinggi.. #Staystrong#flyingHigh I can see the sky The birds are flying Clouds are moving by  My heart is flying The moon will be my witness tonight and my dreams are see myself fly Terbang Terbang tinggi Walau tanah dikaki Kan ku cari langit Terbang  Terbang tinggi awan Biru menanti Bersama Pelangi Always thought that I Could be your my own But you made me feel alive And I don't feel alone The moon will be my witness tonight Cause in my dreams you and I we're bot

Tergendala sekejap..

Sudah lah beberapa hari tak dapat nak blogwalking disebabkan internet memang very slow. Hari ini dapatlah  singgah ke blog kawan-kawan. Tapi yang anis ni bila aku bukak PC je ..Mama anis nak tengok frozen dan upin-ipin..Hmmm...anis anis..pantang aku bukak PC lah..Tergendala nak berjalan-jalan.. Asyik-asyik frozen..nak dengar lagu je..

CPUV Nuffnang : HP PC Demand Gen Digital

Alhamdulillah..Rezeki di akhir-akhir bulan Ogos ini ada juga iklan yang  melekat untuk blog chenachenis. Iaitu iklan dari HP PC Demand Gen Digital. Terima kasih  Nuffnang  dan pihak HP.

MH17: Hari Berkabung Malaysia

Hari ini 22 Ogos 2014 (Jumaat) diisytiharkan ' Hari Berkabung ' dan rakyat Malaysia diminta bersatu hati dan bertafakur seketika hanya seminit di antara 10.45 pagi-11.15 pagi bagi menghormati kepulangan jenazah nahas MH17 yang kembali ke tanah air dan dibawa pulang. Al-Fatihah.. Buat saudara seislam kita yang telah menjadi mangsa nahas MH17.Kami berdoa kepadaMu YaAllah agar roh mereka dirahmati dan tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. Semoga ahli keluarga mereka tabah menerima kepulangan mereka dan segala urusan dipermudahkan..

Reminder for us

Sumber:FB

Cantiknya Jubah Dress..

Assalamualaikum.. Perasan tak sekarang ni trend pakai jubah moden ataupun jubah dress.Di FB,web atau Instagram pun banyak jubah dress yang cantik,sopan dan kemas. Kebetulan pula memang mencari jubah dress untuk menghadiri kenduri kahwin kawan bulan September ini..Jadi teringin pulak nak pakai jubah dress pula..Sebelum itu adalah usha jubah dress yang lain tapi rasa macam tak sesuai..Macam artis lah pula nanti.. Bila tengok jubah dress ini memang sesuai sangat lah..Simple and Yet Elegant..Suka,suka, harga pun boleh tahan.Sesuai juga untuk ke office,open house,function dan BF friendly. Rana Fitrina Rana Signoria Cantikkan..uolls boleh tengok kat link ni ye.. Rana Aswad .  Macam-macam design ada.. Banyak lagi jubah moden yang cantik di pasaran sekarang.Rambang mata nak pilih.Yang murah dan mahal pun ada.Ikut kemampuan masing-masing.Janji menutup aurat, sopan dan kemas.. Emmm..nanti beli jubah dress mesti si comel anis nak jugak..Mesti anis cakap cantiknya ma

Solekan undang penyakit

Assalamualaikum.. Info yang dipetik daripada Mag.com,kosmetik mempunyai tempoh jangka hayat tertentu..dan penggunaan lebih daripada yang ditetapkan akan mengundang risiko penyakit.. Sumber : google Oleh itu ladies sila baca ye.. Lipstik (18 bulan):Lebih daripada tempoh itu, lipstik akan mengalami perubahan warna,meninggalkan aroma yang kurang enak dan tempat pembiakan bakteria untuk membiak, alergi dan kanser kulit. Maskara (3 bulan): Hindari menggunakan maskara yang sama lebih dari 6 bulan sebab ia akan membuatkan mata mengalami infeksi. Bedak/Loose powder (2 tahun): Bedak boleh disimpan sehingga 3 tahun dari tahun pembuatannya.Namun bedak akan kering selepas 2 tahun penggunaan dan tidak lembut.Tukar span sekerap mungkin untuk elak pertumbuhan bakteria. Berus solekan: Amalkan mencucinya 2 minggu sekali.. Selepas ini sesiapa yang sentiasa bersolek tu pastikan uolls periksa lipstik, bedak atau maskara berapa lama dah guna..Jangan guna melebihi tempoh..baha

Dah habis mama...

Mesti ibu,mama,mummy dan seangkatan dengannya gembira bila anak kita puji masakan kita habis di makan kan..Maknanya mestilah sedap.. Sama juga cam aku, telefon aina dari office masa lunch before aina pergi sekolah petang.Tanya padanya macam mana jamuan raya di sekolah hari ni.Seronok atau tidak..Mestilah seronok katanya..dan yang best tu..nasi goreng dengan ayam goreng yang aku masak waktu pagi habis kawan makan katanya.. Tapi ada tapinya..Kakak tak dapat makan nasi goreng yang mama buat pagi tadi,katanya..Lah sedihnya..Katanya bila kakak nak makan nasi goreng mama dah habis,esok mama buat lagi ye.. Sedih dan terharu..tak ada rezeki aina..rezeki kawan-kawannya..

Happy Birthday Anis

Happy birthday sayangku Anis yang ke 5 tahun. Moga menjadi anak yang solehah,dikurniakan kegembiraan,kesihatan,kekayaan, disenangi,rahmah dan barakah dunia dan akhirat. Papa,mama dan kakak aina love u till jannah.

Jamuan Hari Raya office 2014

Assalamualaikum.. Selesai sudah Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2014 tahun ini kat office..Meriah tahun ni macam-macam juadah yang di bawa oleh staff Imperians..Mengenyangkan..Alhamdulillah.. Sebelum majlis bermula kitorang ada latihan bomba..Masa ni pula management building ni buat latihan..Beramai-ramai lah kitorang turun tangga lenggang kangkung dari tinggat 11.  Apa lagi bila latihan selesai, kitorang semua kelaparan..Sepatutnya majlis bermula jam 12.00..Terpaksa di anjak ke jam 1.00.Yang penting kitorang happy.. Layan jelah picture kat bawah ni ye.. Senyum semua kita buat free style... "Us" yang selalu buat IMPERIA huru-hara.. Selfieeeeee lagi..tak habis-habis.. Juadah yang disediakan.. Dessert Cabutan bertuah.. Staff yang dapat Tupperware tu jangan malu-malu nak bungkus ye.. 

Renungan Bersama

kredit to :Selawat Perdana

Projek mengaler kuku

Assalamualaikum.. Nak marah pun tak boleh.Tapi ni memang kelakar bila anis tunjukkan kuku kakinya dah dikaler dengan macam-macam warna. "Cantik kan mama,kuku anis.Alah nanti anis basuh lah..boleh hilanglah mama.. Emm..pandai pula tu..nak bagi kita jangan marah dia.. Patutlah petang semalam anis dok diam dalam bilik..rupenya buat projek mengaler kuku kaki dan jari.Tak Tahu lah idea dari mana anis dapat guna magic pen.. Nak dekat 5 tahun birthday anis macam-macam perangai yang dia buat.. Alahai sayang..

Cara legakan Sakit Tekak

Assalamualaikum.. Rasanya mesti uolls pernah diserang sakit tekak.Kadang-kadang tu terlalu perit,sukar untuk menelan makanan dan minuman. Selalunya I kalau sakit tekak,cara yang paling mujarab dengan minum campuran madu dan lemon.Caranya campur dua sudu teh madu,satu sudu teh air perahan lemon ataupun hirisan lemon ke dalam 250ml air panas.Kalau nak rasa sedap boleh campur gula sedikit.Jangan banyak..Memang sedap..Amalkan sehingga rasa sakit tekak hilang.. Kredit google Cara lain dengan meminum susu kayu manis.Cara membuatnya, campur 250ml susu tawar dengan seperlapan sudu teh serbuk penaik,1 sudu makan gula pasir,1 sudu teh madu dan setengah sudu teh kayu manis. Kacau rata kayu manis, gula pasir dan sebuk penaik,baru tambahkan susu dan kacau selama 1 minit.Kemudian panaskan di atas dapur dengan api kecil sederhana hingga hangat (jangan mendidih tau).Barulah tambah madu setelah susu hangat dan dihidangkan. Teh herba juga boleh membantu legakan sakit tekak uolls..Ant

Jammed sampai INSAF

Assalamualaikum... Semalam, en.abang ambil lewat jugalah aku..Entah macam mane tiba-tiba tergerak hati ikut jalan ke KL..Selalunya kami akan ikut highway je.. Mula-mula tu tak lah sesak..tiba di pantai dalam dah start jammed sampai ke bangsar..Haihh..Aku apa lagi say sorry..manalah aku tahu jammed teruk sangat..Mula lah kami buat andaian, accident kot,kereta mati tengah jalan kot,hujan mungkin tak lah,banjir kat depan tu (hahaha)... Kalau memang jalan ini jammed setiap hari cam mane lah orang KL boleh hadap jammed tiap-tiap hari..Memang penyabar sungguh orang Malaysia..Kami jarang bawa kereta ke office, selalunya pergi office guna motosikal je..cepat..tapi risiko memang tinggi..Bayangkan berulang-alik dari rumah ke office mengambil masa selama 1 1/2 jam..Itu moto..Kalau kereta 2 jam lebih.. Dalam kereta macam-macam yang kami bualkan.Dari hal anak-anak, office sampailah ke hal semasa..Nampak billboard MH370 ..Mana lah agaknya MH370 ni ye? Perut dah berkeroncong..apa lag

Jamuan Hari Raya Sekolah

Assalamualaikum.. Awal-awal lagi aina dah beritahu sekolah pagi akan mengadakan jamuan raya pada minggu hadapan hari Jumaat. Sekolah petang pada hari ini. Sekolah petang guru kelasnya,Ustazah laila  minta semua murid bawa kuih raya , pinggan plastik,sudu dan garpu plastik, cawan plastik. Dan yang penting mesti pakai baju raya .. Malam tadi selepas balik kerja, bermulalah operasi menyediakan beberapa set kuih raya untuk aina.Anis pun tak terkecuali,cikgu nya dah minta awal-awal kuih raya. Ini je lah yang mampu ku sedikan untuk mereka berdua..2 set untuk aina dan 1 set untuk anis..Macam-macam biskut raya ada..Semuanya kuih tunjuk-tunjuk je..Alhamdulillah..

Belajar dari kesilapan

Jangan takut mencuba Perkara baru dalam hidup kalau berjaya..kita bahagia Kalau gagal Kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan

Gaza kini

Kematian,kemusnahan di Gaza oleh kuasa keganasan Israel

Jumpa kazen..tapi..

Assalamualaikum.. Aina dan anis dengan kazen sebelah papanya.Dah lah jarang balik kampung, bila dah jumpa ni lah jadinya.Busy mengalahkan mak bapak masing-masing.. Bukan main seronok bila Mak su diorang bagi pinjam SPhone.Macam-macam game ada. Sampailah sekarang anis beria-ia minta belikan tab untuknya.. Alasan yang diberi phone mama kecik dan tak ada game.Nak yang macam mak su..Besar.. Kalau besar maknanya harga nya lagi mahal kan.Memang nak belikan tab murah untuk mereka berdua.Tapi hasrat tu tertangguh dan bila tengok keadaan mereka berdua bila dapat main game sampai nak tidur pun nak main game juga, jadi hasrat tu terpaksalah ditangguhkan lagi.Kejam ke..

CPUV Nuffnang B.liv Brand Visibiliy & Mayfair Bodyline

Assalamulaikum.. Alhamdulillah rezeki bulan syawal ada iklan yang melekat..Terima kasih sahabat semua dan pengunjung-pengunjung blog yang sentiasa singgah ke sini tanpa jemu. Nak langsing dan slim jom dapatkan free trial daripada Mayfair Bodyline.Promosi rawatan percuma sehingga September ini.. Mayfair Bodyline Yang ada masalah blackheads boleh dapatkan produk ini.. B.Liv Brand Visibility Terima kasih Nuffnang..Semoga dimurahkan rezeki..Aamin

Esok Kerja

Esok dah start kerja.. Tapi rasa malas dan liat nak masuk office esok. Maklumlah dah syok cuti panjang dan mood raya ada lagi.Esok bermulalah rutin seperti dan siapkan aina dan anis ke sekolah esok.Keluar dari rumah seawal 6.30 pagi. Mesti semangat esok dan jangan malas.. Esok mesti KERJA..

Sepupu baru dah lahir

Ass alamualaikum, Alhamdulillah..inilah sepupu baru aina dan anis yang baru lahir semalam (6 Syawal-2 Ogos 2014).. Bertambah meriah dan besar keluarga mak dan abah dengan kelahiran cucu barunya.. Baby girl ini dilahirkan di Hospital Selayang..Comel,geram.. Welcome to the World Princess :) Semoga menjadi anak yang solehah dan cemerlang dunia dan akhirat. Yang paling best abangnya Aliff, tak kisah adiknya dibawa pergi.Lain pula dengan kakaknya Alya..Sayang adik baru katakan.. Anis sedih sepupunya (Alya) ada adik baru..minta adik baru untuknya..

CPUV Nuffnang yang masih melekat

Ada beberapa CPUV yang masih on going di blog ini: Invest Smart Campaign Dove Hair fall rescue Waku Doki Campaign Mayfair Bodyline  Alhamdulillah.Kebanyakan CPUV lain yang melekat telah pun di kreditkan. Terima kasih Nuffnang  ..semoga iklan-iklan ini bertahan lebih lama di blog ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi mengklik iklan-iklan ini..

Anis buat hal di pagi raya

Assalamualaikum.. Alhamdulillah baru hari ni dapat menjenguk blog.Bila cuti hari raya blog ni pun sama bercuti. Raya tahun ni kami sekeluarga beraya di Terengganu.Beraya rumah my MIL and FIL..Aina dan Anis lah yang paling seronok.Sebab dapat berjumpa dengan tok ki dan tok serta sepupu sebelah papanya.. Seronok tahun ni, semua adik beradik sebelah suami ada.Meriah sangat rumah my mil dan fil.Almaklumlah orang kuala lumpur balik (kami lah tu).. Dalam seronok-seronok pun..Anis buat hal di pagi raya..Tak nak bergambar dan mood tak baik..Semuanya serba tak kena.Tak nak beraya.Stress woo dengan perangai anis ni.. Tapi time nak dapat duit raya..tak pulak dia menangis..anak oo anak..So tak de sangatlah kami bergambar 4 beranak di pagi raya..tu yang sedih..Dah ke petang barulah mood nya ok dan dapatlah beraya di rumah sanak saudara terdekat.. Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan  'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat semua..Semoga raya tahun ini memberi ke