Inilah aktiviti kami tiga beranak di rumah semalam.Lukisan apa ni Anis?Inilah rumah Tok Chai. Rumah buruk Tok Chai. Aku..pula..Tok Chai. Siapa Tok Chai?? Suka hati je Anis ni gelar rumah ni rumah Tok Chai. Alah mama.Movie yang kita tengok di Cinema Hantu Raya Tok Chai tu, kata Aina pula. Dia takut tengok cerita tu, kata Aina. Tu pasal lah dia lukis rumah tu. Ooh ye ke kakak. Tapi kenapa warnanya colorful ye Anis. Jawapan Anis sebab rumah tu buruk lah mama.Ada-ada lah Anis ni. Lukisan Anis..Rumah Buruk Penat mewarna. Masa untuk lunch. Semalam dengan berbesar hati masaklah ketam masam manis. Beli 5 ekor ketam. Sebenarnya nak masak kari ketam.Disebabkan terlupa nak beli kelapa parut. Jadi masaklah ketam masam manis. Kami sekeluarga memang gemar makan ketam. Sebulan sekali AB akan beli ketam. Kalau nak pilih ketam pilihlah yang betina. Sebabnya ketam betina isinya padat dan tersimpan telur. Puas hati makan. Nenas pula memang tak beli, kita ganti den...