Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

4 H 3 M DI HOTEL FELDA RESIDENCE TERENGGANU

Alhamdulillah..dengan izin Allah kami sekeluarga berjaya juga membawa mak dan abah,along dan family adik bercuti di Terengganu. Dah lama kami plan percutian ini untuk membawa mereka. Kata suami dia rasa bercuti di negeri sendiri.Tak pelah bukan selalu jadi ketua rombongan ni.  Kami telah memilih Hotel Felda Residence Kuala Terengganu sebagai penginapan selama 4 H 3 M dan  telah menempah 4 bilik iaitu Deluxe Riverview.Hotel ini terletak di persisiran sungai Terengganu. Kami bertolak dari rumah mak abah sekitar jam 8.00 pagi dan tiba untuk check in jam 3.30 petang. Memasing dan kepenatan jomlah kita check in dan tengok bilik kita.. Check in time Level 2..diskaun ada tak? Dah sampai kita....Inilah bilik kami...2 bilik di level 7..dan 2 bilik lagi di level 11 Keesokan harinya..Sarapan pagi di tingkat 17..Sambil menikmati sarapan pagi kita boleh melihat pemandangan sungai Terengganu dan kapal-kapal kecil dan bot nelayan menyusuri Sungai Terengganu. Peman

AKTIVITI KAMI SETIAP MINGGU

Ini lah aktiviti kami setiap minggu berjogging dan bersenam. It's Fun.Rasa bahagia dapat berjogging dan bersenam.Macam tak lengkap je kalau tak berjogging setiap minggu. Biasanya kami berjogging waktu pagi dan guna trek jogging di taman permainan kawasan perumahan kami. Kalau rajin buatlah sebanyak 10 pusingan.Paling lama pun 1 jam.Berapa km tak pasti.  Kalau rasa malas nak berjogging kami just fun walk pun seronok. Aina dan Anis paling banyak pun akan buat 7 pusingan. Itu pun dah memadai bagi mereka.Bila dah penat berjogging kami akan menggunakan alatan seperti Beam Hop,Leg Stretch,Knee Lift,Beam Run,Chin Up dan Parallel Bar yang telah disediakan di situ untuk otot-otot dan seluruh anggota badan. Peralatan senaman yang disediakan sesuai digunakan tidak kira usia muda dan tua. Ini gambar yang diambil sepanjang berjogging dan bersenam. Bersemangat aina dan anis seawal 7.30am bangun untuk berjogging.Tinggalkan mama di belakang ye. Aina men

MAJLIS AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL SYARIF ZULKARNAIN

Bertemakan warna biru..pada 30.10.2016 telah berlangsungnya majlis aqiqah dan cukur jambul anak sulung adik AB di rumah ibu bapa AB iaitu Syarif Zukarnain. Majlis ini cukup ringkas dan dihadiri oleh sanak saudara dan ahli keluarga yang lain.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Disebabkan temanya warna biru, adik beradik dan anak saudara lain pun kena pakai warna biru. Alahai adikku. Kebetulan baju raya kami tahun 2016 warna biru, jadinya 'No problem'lah.. Seperti biasa ye Katering Adik Beradik..Memasing ada tugasnya..So tak boleh ngelat ye..Seawal 6.00 pagi kami adik beradik berkumpul di rumah mak untuk memasak lauk pauk untuk majlis ini. Anggaran tetamu 70 orang.  Ketua Chef 'Katering Adik Beradik' ini ialah Marzuki dan dibantu oleh Papa Lee (papa Aina.Anis) Menu  untuk kenduri pada hari itu ialah nasi minyak, gulai kambing kawah, rendang daging,gulai nangka, ayam goreng berempah,acar timun, samba

TAK SANGKA PULA..KE LADANG ORKID

Cerita Raya AidilAdha yang lepas. Kononnya nak ke rumah kakak saudara selepas mengunjungi ke rumah sepupu. Lain pula jadinya. Memang dah lama tahu kewujudan ladang ini. Disebabkan ladang ini dekat dengan rumah parents AB, jadi kita ni tak ambil tahu sangat. Oleh itu kami singgah sekejap ke ladang Orkid Phalaepnopsis. Teruja sangat bila kaki melangkah masuk.. cantiknya orkid. Wow! besarnya orkid ni. Ada pelbagai saiz dan pelbagai warna. Sedikit info tentang Orkid ini. Baka Orkid Phalaepnosis ini telah diusahakan oleh Waltex Biotex Sdn Bhd dan terletak di Kampung Sungai Kamin, Ulu Yam Bharu. Nak ke sini dari Kuala Lumpur mengikuti Jalan Sungai Tua dan mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Tak jauh pun. Keluasan ladang ini 6 hektar.  Syarikat ini telah menjalankan proses pembiakan dan kacukan secara komersial.Kalau dulu orang akan gunakan arang untuk menanam orkid. Tapi kini penanaman orkid ini di ganti dengan lumut tanah.  Kalau nak info lebih lanjut boleh ke W

BBQ BERSAMA FAMILY

Plan untuk ber BBQ bersama family memang dah lama kami berdua rancang.Tapi...masa dan date tidak mengizinkan kami.Bukan senang untuk mengumpul ke semua adik beradik bersama untuk merialisasikan rancangan ini. Alhamdulillah  pada 10 September 2016, segalanya berjalan dengan lancar.Walaupun ada yang tiada dalam majlis itu, namun cukup meriah . Kami kongsi rezeki bersama-sama. Memang seronok bila kita dapat gathering bersama family.Dapat berborak dan berkumpul bersama-sama dan eratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain.Lagipun ini first time kami buat barbeque setelah setahun berpindah ke rumah baru. Bahan-bahan yang di bakar malam itu . Ayam dan ikan kami beli di Econsave sahaja.  Kambing perap sebanyak 5 bekas kami minta adik belikan. Banyak tau...walaupun nampak macam tak cukup. Tempat pembakar tu dah lama sangat kami beli. Bayangkan 5 tahun lepas simpan dan masih baru lagi. Tahun 2016 baru kami guna.Walaupun tempat membakar tak sebesar mana pun. Cukup

UMUR SESUAI PAKAI PENDAKAP GIGI

2 minggu yang lepas, papa aina bawa aina berjumpa dengan Doktor Gigi.Bukan nak cabut gigi ye.Tujuannya nak check gigi aina. B ilakah umur yang sesuai untuk aina memakai pendakap gigi? Now aina baru berumur 9 tahun.Dentist bertanya kepada aina mengapa aina nak pakai braces?.Diejek kawan ke?Tak doktor gigi saya bawah tak tersusun dan tidak rata.kata aina. Aina nak gigi cantik. Katanya. Doktor check gigi aina memang tak rata dan tersusun.Doktor informed umur yang sesuai adalah seawal 12 tahun ke atas. Dan bila diperiksa gigi kekal aina ada yang belum tumbuh. Doktor puji lah kami kerana umur sekarang memang sesuai untuk bawa anak berjumpa dengan doktor gigi minta pandangan dan nasihat if nak anak pakai braces. Alhamdulillah..gigi aina tak rosak dan tidak berlubang.Pandai jaga gigi. Tapi kena cuci gigi tu. Kembang Kempis hidung aina bila di puji.Happy nya dia.Time nak cuci..Aina menangis..Kenapa ni?.Jumpa doktor gigi dah bagus..Rupanya...aina menangis sebab dia lapar masa

MENGENAL SEJARAH:MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU & MUZIUM SENI KRAFT ORANG ASLI

MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU Destinasi kami berempat seterusnya ke Muzium Etnologi Dunia Melayu. Di sini kita dapat mengenal sejarah,seni kraft,teknologi,kebudayaan, alatan muzik,tarian ,pakaian tradisional,alatan permainan dan alatan dapur semasa kegemilangan masyarakat Melayu. Pelbagai jenis senjata seperti keris dipamerkan dan setiap keris mempunyai identiti dan ukiran tersendiri.Ada keris panjang dan pendek. Kami tertarik di satu sudut terdapat busana perkahwinan dan hiasan seperti cucuk sanggul,sikat,caping,hiasan kaki dan penyangkut kelambu. Memang menarik dan betapa kreatifnya masyarakat Melayu ketika itu.Begitu seni,teliti dan berkemahiran tinggi. Seronok sangat berada di Muzium ini,sejuk tau..Ada bau muzium pula tu..kalau boleh nak berlama-lama di sini.. link: Muzium Negara Antara gambar yang diambil: Pelbagai jenis keris Pelamin dan pakaian pasangan Raja Sehari..sama je pakaian perkahwinan mak dan abah Temba

MENGENAL SEJARAH:MUZIUM NEGARA

Kali terakhir ,saya melawat Muzium Negara semasa sekolah rendah.Lamanya tak ke sana. Bila dah berkahwin, anak-anak pun dah bersekolah rasanya mereka perlu melawat Muzium Negara. Muzium Negara merupakan tempat menarik di Malaysia dan yang belum melawat bawalah anak-anak dan keluarga ke sana semasa musim cuti sekolah nanti. Anak-anak pasti suka dan teruja kerana banyak khazanah,artifak sejarah,cerita dan rujukan yang boleh dipelajari. Pada 4.9.2016, AB dan suami telah membawa Aina dan Anis ke Muzium Negara.Seronok mereka berdua kerana ini lah pertama kali ke sana. Apa yang menarik di Muzium Negara Muzium Negara terbahagi kepada 4 seksyen iaitu: Galeri A: Sejarah Awal Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu Galeri C:Era Colonial Galeri D: Malaysia kini Antara-antara gambar yang sempat diambil mengikut seksyen.Setiap galeri menyimpan kisah-kisah menarik. Galeri A: Sejarah Awal. Galeri yang menyimpan bukti-bukti tinggalan artifak budaya Masyarakat awal di Mal

LUKISAN RUMAH TOK CHAI

Inilah aktiviti kami tiga beranak di rumah semalam.Lukisan apa ni Anis?Inilah rumah Tok Chai. Rumah buruk Tok Chai. Aku..pula..Tok Chai. Siapa Tok Chai?? Suka hati je Anis ni gelar rumah ni rumah Tok Chai. Alah mama.Movie yang kita tengok di Cinema Hantu Raya Tok Chai tu, kata Aina pula. Dia takut tengok cerita tu, kata Aina. Tu pasal lah dia lukis rumah tu. Ooh ye ke kakak. Tapi kenapa warnanya colorful ye Anis. Jawapan Anis sebab rumah tu buruk lah mama.Ada-ada lah Anis ni. Lukisan Anis..Rumah Buruk Penat mewarna. Masa untuk lunch. Semalam dengan berbesar hati masaklah ketam masam manis. Beli 5 ekor ketam. Sebenarnya nak masak kari ketam.Disebabkan terlupa nak beli kelapa parut. Jadi masaklah ketam masam manis. Kami sekeluarga  memang gemar makan ketam. Sebulan sekali AB akan beli ketam. Kalau nak pilih ketam pilihlah yang betina. Sebabnya ketam betina isinya padat dan tersimpan telur. Puas hati makan. Nenas pula memang tak beli, kita ganti dengan

MERDEKA 2016 #SEHATI SEJIWA

Alhamdulillah..Syukur 59 tahun negara kita merdeka.Semoga negara kita terus aman harmoni dan sejahtera serta sentiasa dilindungi oleh Allah SWT ..Semoga kita terus bersatu hati dan bersatu padu dalam apa jua masalah yang mendatang. TEMA HARI KEMERDEKAAN  MALAYSIA 2016 Pada tahun ini SEHATI SEJIWA telah dipilih sebagai tema hari kemerdekaan yang melambangkan semangat perpaduan, kesefahaman,kekitaan dan kemanusiaan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah sentiasa mensyukuri dengan keamanan yang kita kecapi dan miliki sekarang ini dan teruslah bersatu padu.Jauhilah diri kita dari sikap negatif ,buruk sangka dan iri hati. Jagalah tatasusila dan pertuturan kita di mana saja dan bebaslah minda kita daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum. Akhir sekali ..Sekali Merdeka , Selamanya kita Merdeka. MERDEKALAH MALAYSIA.

OLE-OLE SARAWAK

Terima kasih sahabat hadiahkan ole-ole dari Sarawak. Tak sabar rasanya nak makan Kuih Lapis Sarawak dan Tebaloi Mukah (Snek Asli Sarawak) perisa pandan. Mesti sedap rasanya.. Apa-apapun terima kasih Nadzirah yang masih ingat lagi dengan kakak. Moga persahabatan kita kekal selamanya.

ULANGKAJI PELAJARAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Tinggal sebulan setengah sahaja lagi Aina dan Anis akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah ujian lepas ada peningkatan dan kemajuan dari yang lepas. Cuma Anis mesti berusaha lebih,banyakkan latihan dan fahami soalan. Sabtu lepas bermulalah sesi ulangkaji dan lakukan pembetulan bagi soalan yang salah. Boleh pula jawab soalan tu.Aina pula.."Mama soalan ni senanglah.kakak tak berhati-hati lah mama.Tahu pula kelemahan dia ye. AB tak stress kan mereka berdua. Ada masa belajar dan ada masa mereka perlu bermain. Hak bermain adalah hak mereka. Jangan kita sekat naluri semula jadi ini kerana sebenarnya mereka sedang belajar dan berfikir. Terkejut juga bila terbaca status facebook budak 7 tahun disahkan gila kerana kuat belajar dan menjadi viral. Sedihnya..Mengapa sampai begitu sekali? Tak kasihan ke.. pada anak-anak. Otak mereka penat belajar di sekolah pagi dan petang dan sambung pula di rumah mengulang kaji pelajara

SELAMAT PAGI

Assalamualaikum wbt.. Bersabarlah.. Sesuatu yang baik itu selalu datang kepada mereka yang sentiasa bersabar MENUNGGUNYA..

SELAMAT HARI LAHIR ANIS

Selamat Hari Lahir Anis sayang. Dah tahun 7 tahun ye. Opah kata dah besar cucu opah. Belum lagilah opah.Kecil lagi tu. Sampai bila-bila pun Anis tetap anak kecil di mata mama. Untuk Anis, Mama dan Papa sentiasa doakan kesejahteraan anis, berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan hidup di masa akan datang. Semoga Anis sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati. Jadilah anak yang solehah dan menyenangkan dan disayangi semua orang. Sayang dari Mama,Papa dan Kakak Aina.

KARIPAP SARDIN SEDAP

Assalamualaikum.. Karipap adalah antara kuih yang akan AB hidang semasa berbuka.Nak dijadikan cerita AB telah terbeli karipap sardin kecil dan inti yang sikit dan berharga RM0.50 di Bazaar Ramadhan. Memang tak puas hati makan karipap yang dibeli. Jadinya sabtu lepas selepas selesai membuat biskut tart nenas, maka bermula lah operasi mencanai doh karipap. Inti sardin yang bercampur dengan kentang telah AB masak selepas bersahur. Dengan badan yang penat dan masa itu assistant AB Aina dan Anis tiada mengikut papa mereka keluar..Akhirnya berjayalah karipap sardin versi ku.. Sedap..Dengan isi yang penuh dan padat..Memang puas hati makan.  Berbunga-bunga hati bila dapat pujian 'sedap' daripada Papa Aina dan Anis. Suka lah tu kan..

BILA SEJUK ...FIKIR PUN TAK BOLEH

Selamat petang semua..Sejuknya office ni. Dah seminggu aircond di office ni sejuk sejak pihak pengurusan bangunan service aircond.Dah lah sekarang bulan puasa.Tak tahan rasanya.Sejuk tahap beku sampai ke tulang rasanya. Sehinggakan terpaksa pakai jaket tebal,stoking tebal dan glove untuk kurangkan sejuk.  Bila dah sejuk nak buat kerja pun malas.. nak berfikir pun tak boleh.Tension pun ada.Kalau bukan bulan puasa rasanya dah  buat air kopi panas ke..teh o panas ke..nescafe panas.. Bersabarlah ye..Nak buat macam mana.Air cond office ni centralized. Walau dah buat aduan masih lagi sejuk... Sekian..

TRIP AINA KE MELAKA DAN LEGOLAND 2015

Alhamdulillah tercapai jua hasrat Aina mengikuti trip ke Malacca dan Legoland bersama kakak dan abang sekolah.Kiranya ini rombongan sekolah laa kan.. Sedih anis tak dapat join trip ini kerana anis menghadiri Majlis Graduasi  pada hari tersebut. "Best tau papa mama..Nanti kita bawa anis tau. .seronok kakak, kata aina.. emmm..insyaallah ada rezeki kita, next year kita pergi semua..Okay.. Jom kita checkdout pictures di bawah.. Singgah Melaka dulu sebelum ke Johor..... Sepatutnya sampai awal di Johor tetapi disebabkan ada perlawanan AFC 2015 pada hari tersebut, diorang sampai lewat di Johor.Tiba di Hotel 11.30 mlm..Jammed teruk.. Yeaaah..Legoland.. Saya dah sampai.. With my mummy..Love you mummy.. Hello Kitty... Gambar lagi dan lagi.. Nasi beriani..lupa nak tanya berapa harganya di sana Mandi time..Time mandi tu lah selipar murah kena kebas.. Apa lagi kena lah beli selipar lain..mahal kata Mummy.. mana tak mahal beli