4 H 3 M DI HOTEL FELDA RESIDENCE TERENGGANU

Alhamdulillah..dengan izin Allah kami sekeluarga berjaya juga membawa mak dan abah,along dan family adik bercuti di Terengganu.

Dah lama kami plan percutian ini untuk membawa mereka. Kata suami dia rasa bercuti di negeri sendiri.Tak pelah bukan selalu jadi ketua rombongan ni. 

Kami telah memilih Hotel Felda Residence Kuala Terengganu sebagai penginapan selama 4 H 3 M dan  telah menempah 4 bilik iaitu Deluxe Riverview.Hotel ini terletak di persisiran sungai Terengganu.

Kami bertolak dari rumah mak abah sekitar jam 8.00 pagi dan tiba untuk check in jam 3.30 petang. Memasing dan kepenatan jomlah kita check in dan tengok bilik kita..

Check in time Level 2..diskaun ada tak?

Dah sampai kita....Inilah bilik kami...2 bilik di level 7..dan 2 bilik lagi di level 11

Keesokan harinya..Sarapan pagi di tingkat 17..Sambil menikmati sarapan pagi kita boleh melihat pemandangan sungai Terengganu dan kapal-kapal kecil dan bot nelayan menyusuri Sungai Terengganu.

Pemandangan waktu pagi..


So..kepada yang inginkan kelainan bolehlah menginap di sini.Tak menyesal. Wifi free tau. Lokasi yang strategik berdekatan dengan pusat pelancongan seperti China Town, Water Front, Pasar Payang,Pantai Batu Burok,Taman Tamadun Islam,Masjid Kristal dan Muzium Terengganu.

Sangat berbaloi dan puas hati dengan perkhidmatan hotel ini.

Comments

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK