Assalamualaikum.. Ini cerita masa cuti Thaipusam baru-baru ini. Kakak dan family telah ke Bukit Fraser. Sejuknya,nyaman dan dingin. Kami Tak bermalam di sana.Hanya balik hari.Lagipun esoknya kami nak ke Gambang Resort City. Masa akak tulis entry ni, akak dan family dan pun sampai di Gambang. Berbalik pada cerita Bukit Fraser ni, cuaca pada hari itu mencecah 21 darjah celcius.Sejuk tau. Rasa tak puas pula di sana. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 1/2 sahaja melalui jalan Kuala Kubu Bharu. Maklumlah jalan tu berliku dan banyak selekoh.Siapa tak tahan mesti muntah. Macam Anis, sampai je Bukit Fraser..Papa..papa anis tak tahan nak muntah ni,kataya. Bila dah sampai di sana apa lagi haruslah bergambar ye.Kalau tak rugi.Pemandangan memang cantik dan yang penting kami dah pun jejak ke Bukit Fraser. Tunggu turn ambil picture di Mercu Menara jam. Bunga ni cantik mama kata Aina.. Cantik lagi anak-anak mama ni. Pemandangan di Menara jam..Bagaimana nak ambil gambar ni?...