Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Tanam rumput karpet

Alhamdulillah projek nak tanam rumput karpet di tepi longkang akhirnya berjaya juga..Yahoo... Awalnya nak tanam bunga matahari..tapi rasa tak puas kalau tak pandang hijau-hijauan waktu pagi. Apa lagi bermula lah projek mencari rumput karpet.Pilihan rumput ialah Philippine grass.  Sekeping RM2.00 bersaiz 2x1sekaki..Mahal ke? Janji ada..lagipun beli kawasan Batang Kali..Nak ke Sungai Buloh jauh rasenya.Beli 10 keping.Jumlah RM20.00.Nak tanam pun di tepi longkang.Bukan nak buat taman mini..Adalah sikit tanah sekangkang kera,tanam sendiri pun.Nak upah kontraktor  tak berbaloi. Tak pasti ini cara penanaman rumput hiasan yang betul.Tapi yang utama cabut rumput-rumput liar dan buang segala benda-benda atau bahan binaan yang tak berkenaan. Kemudian ratakan tanah ataupun korek tanah dalam setengah kaki dan masukkan tanah baru. Selepas itu tanamlah rumput karpet.AB tanam rapat-rapat rumput tersebut. Selesai menanam kita siram dengan air ye. Buat permulaan, siram 3 Kali s

Cepatlah..Tik tok tik tok

Cepatlah masa berlalu. Tik tok tik tok..menghitung detik demi detik. Tak sabar nak pulang. Lambaian Home Sweet Home memanggil ku.. Berkerja 7 hari seminggu, memang memenatkan.Fuhh.... Tapi tak pe..Isnin dan Selasa cuti rehat...Leganya ditambah lagi Rabu ini 16 September cuti umum sempena Hari Malaysia. Yess..3 hari..Tapi dalam minda ni banyak kerja rumah nak dibuat dalam masa 3 hari. Pesanan ringkas.Jerebu makin teruk.Pastikan minum air banyak dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

Birthday Kek Anis

15 Ogos 2015, genaplah umur Anis 6 tahun. Happy Birthday Anis Qaisara.Maaf mama lambat update cerita Anis..Sorry sayang.Moga Anis menjadi anak yang solehah, diberkati dan success dunia dan akhirat. Mama sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan Anis. Inilah kek birthday Anis yang mama tempah dari Aunty  Fiza  .Mama tahu Anis dah lama sangat nak kek frozen picture Elsa.Cantik kan.Rasa sayang pula nak makan. Terima kasih kak Fiza buatkan kek untuk Anis. Sedap, menepati citarasa kami dan tidak terlalu manis. I Like..

Salam Jumaat dan amalan sunnah

Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah. As salam semua.Di pagi hari Jumaat ini AB nak ucapkan Salam Jumaat yang barakah!Semoga kita semua dilimpahi rezeki,dimudahkan segala urusan,disayangi dan dikasihi dan diteguhkan serta ditingkatkan iman. Moga Jumaat ini bakal menjadi Jumaat yang terbaik untuk kita semua. Marilah kita perbaiki diri kita.Penuhilah hati kita dengan rasa bahagia dan kasih sayang, bersyukur atas nikmatNya dan hiasilah wajah kita dengan senyuman. Perkongsian bersama,Amalan Sunnah-Sunnah Hari Jumaat