Posts

Showing posts from April, 2014

Kegembiraan

Image

BOOKMARK CUTE!

Image
Planning asal nak hadiahkan bookmark kepada cikgu aina dan anis..tapi aina dan anis cadangkan semua bookmark ni nak hadiahkan kepada kawan-kawannya...

So..buat yang lain lah nampaknya..


Mei..

Hadiah untuk mak... Hadiah untuk mak mertua.. Hadiah untuk yang tercinta.. Hadiah untuk  hari cikgu.. Hadiah hari pekerja (cuti..yeaaa) Hadiah untuk mama (siapa nak bagi??)..






Sekotak kasih sayang dan cinta..

Image
Semalam aina requested nak bawa bento ke sekolah nasi goreng tabur ikan bilis dan jagung rebus ..banyak tu habis ke makan? Ikut juga kehendak aina, malam semalam pergi juga ke econsave mencari jagung..dapatlah membeli jagung..harga setongkol RM0.99 ..belilah 3 tongkol..simpan untuk hari sabtu ini..Aina  memang penggemar jagung..
Sebelum tidur, aina tanya..mama sempat ke rebus jagung.sempatlah sayang..mana tak sempat jam 5.00am bangun menyiapkan bento aina sebelum ke office..hehehe..jimat duit belanja aina RM2.00. Bento hari ini Bento sebelumnya Mungkin azlea tak kreatif  dan berseni sangat nak buat  Bento Cantik seperti di entry sebelumnya. Asalkan aina kenyang dan gembira serta mendapat gizi yang seimbang dan itulah 'sekotak kasih sayang dan cinta' daripada seorang mama buatnya..

Untuk anis, memang tak ada bekal untuknya..sebab di tadika memang ada menyediakan sarapan pagi sebelum masuk kelas..Itu pun tadi anis makan di kantin sekolah kakaknya pulut panggang dan makan 2 mangkuk c…

Nak sikit..

Image

Seronoknya Cuti!!

Image
Assalamualaikum..


Cuti..oh..seronoknya..bolehlah bersantai di rumah..mana ada..banyak kerja rumah nak buat..itulah kalau dah kerja 7 hari..rumah akan jadi tunggang langgang..cuti 2 hari ni lah nak guna semaksimum membersihkan rumah.. tak ada istilah rehat..rehat pun waktu malam je..
Masa ni lah aina dan anis akan buli aku..nak itulah..nak inilah..mama ambik kakak cepat tau..mama kakak nak makan siput lala hari ni..bla bla bla...oh memang memenatkan melayan karenah mereka..tapi seronok..alhamdulillah..Allah beri peluang pada ku..dapatlah menghantar dan mengambil mereka di sekolah..macam ibu-ibu yang lain walaupun sebenarnya aku masih berkerja..
Ada yang kata..kau kerja weekends ke? tak penat ke?anak-anak siapa yang jaga husband you ke..oh..susah lah nak planning cuti ye dan macam-macam lagi..Tak sebenarnya kalau kita pandai merancang percutian kita..tapi tunggu cuti sekolah ye...Lagipun senang cuti hari biasa, sebab kalau kita ada urusan penting, tak perlu lah ambil cuti..simpan je cuti t…

KABINET DAPUR IDAMAN

Image
Assalamualaikum,
Bila dapat tahu yang rumah yang dibeli boleh di diami penghujung tahun ini, rasa teruja sangat..Alhamdulillah..dan sekarang ini tengah merancang langkah seterusnya sebelum masuk rumah.. yang pertama mestilah nak buat renovation .. Itu pun bergantung kepada bajet ..yang kedua Kabinet Dapur.. ni memang tak lari, semua wanita mengimpikan ruang dapur yang dilengkapi kabinet dan peralatan asas lain..
Pilihan kabinet dapur nanti tentulah berkonsepkan moden dan pilihan warna yang terang.Seperti gambar di bawah.Memang berkenan dengan kombinasi warna dapur merah jambu,hijau dan oren. lagi kontra warna kabinet lagi nampak moden,ceria dan bertenaga.Tapi suka lagi warna merah jambu dan hijau.
Sekarang banyak majalah-majalah dan sumber internet yang boleh dijadikan bahan rujukan, idea dan tip memilih kabinet dapur yang sesuai dengan keluasan dapur kita.Itupun bergantung kepada bajet dan jenis dapur yang kita ingini sama ada klasikal, moden ataupun kontemporari..
Sebelum membuat keput…

Colour Your Day!!

Image
Tadi belek-belek majalah rapi keluaran April, menarik pula artikel ini..Colour Your Day..Rahsia Tampil Menawan..wah boleh cuba ni..tak de lah rasa boring asyik warna baju yang sama setiap hari.. Isnin-Putih Putih melambangkan kesucian rohani.Sucikan hati dan ikhlaskan diri bagi memulakan hari pertama ke tempat kerja setelah bercuti di hujung minggu. Tak perlu mengenakan semua warna putih, mungkin boleh padankan dengan seluar, kasut atau beg tangan dengan warna yang sepadan atau bercorak.
Selasa-Merah Jambu Hari yang penuh kasih sayang dan romantis.Jika emosi dan mood kurang stabil,kenakan pakaian bertemakan warna merah jambu.Mungkin dapat membantu menjadikan emosi stabil dan tenang. Saya suka warna ini..
Rabu-Biru Biru sering dikaitkan dengan keberkesanan dalam komunikasi atau perhubungan.Kalau ada mesyuarat atau temujanji dengan insan istimewa sebaiknya kenakan warna biru ya!
Khamis-Kuning atau Oren Hari yang penuh keceriaan. Warna yang menyerlahkan aura dan daya penarik wanita.Wow..
Jumaat-H…

World's Toughest Job

Image
Would you apply for this job? Job Position: Director of Operations Job Requirements: • Standing up almost all the time
• Constantly exerting yourself
• Working from 135 to unlimited hours per week
• Degrees in medicine, finance and culinary arts necessary
• No holidays
• The work load goes up on Thanksgiving, New Year's and other holidays
• No time to sleep
• Salary = $0 (Yes, work for FREE) Menitis air mata..tonton video ini hingga tamat..

Sebelum....

Image

Layan je pakaian bundle

Image
Eh..saya tak akan sesekali pakai bekas orang..Ooh ye ke..saya tak kisah pun asalkan cantik, murah..saya akan beli.

Lain orang lain ragamnya..ada yang suka pakai pakaian bundle..ada yang tak suka..ikut citarasa masing-masing..
Macam kami layan juga pakaian bundle..tengok juga brand dan kualiti pakaian.Macam en. suami suka beli jeans dan baju T-Shirt..untuk buat basahan..sekarang ni dah pandai menyelam (ayat kaki bundle) cari baju atau seluar yang affordable price..sampaikan boleh jual balik di kedai pakaian bundle..

Kenapa ye kami suka bundle:-

Sebabnya tentulah murah tetapi ada juga yang mahal harganya.Murah sebab ianya datang secara berguni-guni ataupun pukal dan datang dari luar negara. Biasanya jenama bundle ni tiada di pasaran Malaysia.Kalau kita rajin membelek pakaian bundle, kita akan menemui banyak pakaian terpakai yang berjenama. Tapi pastikan teliti dulu dan belek sampai puas hati..

Peminat bundle ni sanggup menghabiskan masa berjam-jam di kedai bundle untuk mencari yang ter…

Terima kasih kawan

Image
Assalamualaikum..

Alhamdulillah aina dah sembuh daripada demam ..minggu depan aina akan bersekolah macam biasa..itupun dah siap-siap pesan nak bawa bekal (bento) mee goreng, buah kiwi dan strawbery...alahai sayang..mama akan buat..

Terharu bila aina menunjukkan hadiah yang diberikan oleh kawannya auni.Katanya auni doakan kakak cepat sembuh..rindulah auni tu..tak dengar aina menjerit dalam kelas..hehehe (diam..jangan bising!!)..Terima kasih buat auni, azra dan lain-lain ye..(hadiah buku cerita, pen,note.. lupa nak snap).



Buat kawan-kawan alam mayaku dan yang mengenaliku, terima kasih kerana mendoakan aina cepat sembuh..Semoga ukhuwah kita terus kekal.. Terima lah sejambak bunga ros untuk kalian semua..











Doa hilangkan sifat malas

Image
Assalamualaikum dan salam jumaat..

Untuk menghilangkan rasa malas ,amalkan  doa ini agar rasa malas boleh diusir.Bacalah doa ini setiap kali selepas solat.



Terjemahan:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan dukacita, lemah dan malas, pengecut dan kikir dan terlibat dengan hutang serta dikuasai oleh musuh." (Riwayat a-Bukhari).

Lawanlah nafsu syaitan

Malas itu ibarat satu virus.Sebelum ia merebak dan membarah, sediakan first aid untuk mencegahnya.

Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan yang melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada  malas beribadat ataupun memikul tanggung jawab yang diamanahkan.

Mulai hari ini, campak alasan jauh-jauh.Motivasilah diri sendiri bahawa kita perlu rajin.Selesaikan satu tugas dan uruskan yang lain pula. 

Carilah Ilmu

Carilah ilmu dan timbalah ilmu sebanyak yang mungkin. Dengan ilmu seseorang itu akan rajin dan cergas.

Allah berfirman:"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.Kecuali orang-oran…

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Image
Date : 24 April - 4 Mei 2014 Venue : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
Teruja sangat!Dua (2) minggu lagi  PBAKL akan bermula..dalam kepala ni macam-macam buku nak beli untuk aina dan anis.. Almaklumlah diskaun.. Peminat novel pula, masa ni lah kita boleh berjumpa dengan penulis novel kegemaran  dan dapatkan autograph..Bukan senang nak jumpa.
Jom ramai-ramai ke sana mencari buku/novel idaman anda semua :)

Family Photos

Image
Idea to display Family Photos



Reaksi anak makan lemon

Image
Meh lihat reaksi anak-anak kecil apabila diberi peluang merasai lemon. Macam-macam reaksi tak tahulah sama ada diorang ni suka atau pun tidak.. Sumber photo: http://moms.popsugar.com/Babies-Eating-Lemons-Video-34532107

AINA 3 HARI DI WAD

Image
Assalamualaikum semua...


3 hari tak menjenguk blog, 3 hari tak membalas kunjungan dan blogwalking dan 3 hari jugalah aina dimasukkan wad di hospital serdang bermula jumaat yang lepas. 

Aina dimasukkan ke wad kanak-kanak petang jumaat lepas selepas 3 hari demamnya tak surut.Selepas mengambil darah dan pemeriksaan x-ray didapati aina mendapat penyakit tonsillopharyngitis  malah lidahnya juga terdapat ulser. 
Mama mana tak sedih bila aina mengadu lidahnya sakit dan dia tak ada selera sangat nak makan. Nak menelan pun susah.Makan bubur yang dibuat oleh pihak hospital pun tak nak. Cepat-cepat papanya membeli aiskrim berperisa vanila, takut nanti perut aina kosong.

Kesian  sangat tengok aina terpaksa dimasukkan air ke dalam badannya.Suhu badannya tidak menentu.Sekejap tinggi dan normal. Dua hari aina disuntik antibiotik untuk membunuh kuman di dalam badannya. Air kencing diukur dan air putih yang diminum juga diukur.Ya Allah, ujian untuk kami sekeluarga.
Hari ahad lepas, demam aina pun dah beran…

Bento cantik ..

Image
Tertarik pula hiasan pada bento yang disediakan untuk anak-anak ke sekolah..penuh dengan warna-warni..Bento? Kalau sesiapa yang masih tak tahu..bento adalah istilah bahasa Jepun dan hidangan adalah seperti nasi, sushi,shashimi,tempura dan sebagainya.
Di Malaysia, budaya membawa bekal sudah lama dipraktikkan zaman nenek moyang kita lagi. Tetapi di Jepun ianya disediakan dengan cara yang menarik, kreatif dan berkhasiat dan tidak terhad kepada kanak-kanak sekolah, malah turut disediakan bagi golongan perkerja.Kini Bento menjadi tidak asing di kalangan ibu-ibu di Malaysia..
Ini dia Bento ..
Bento-Pasta

Tip penyediaan Bento:- Gabungkan pelbagai warna untuk menarik minat anak Guna penerap biskut untuk membentuk buah-buah dan sayur-sayuran Potong makanan kecil-kecil supaya nampak comelBoleh juga disusun dalam bentuk  kartun, buah,haiwan dan lain-lainMakanan disusun padat dan kemas supaya ia tidak bergerakNasi boleh dibentuk menggunakan plastik ataupun kepalkan ia guna tanganBoleh guna bekas seper…

Bila aina demam, mama pun...

Image
Hari ini masuk hari ke dua aina demam dan sudah dua hari azlea tak masuk kerja, ambil cuti mengejut.  Aina dapat cuti sakit pelajar 3 hari. 2 minggu lepas anis yang demam..rupanya nak tumbuh gigi baru, tapi gigi lama tak goyang lagi.Cepat sangat anis tumbuh gigi kekal. 
Jumpa Doktor Zul semalam, suhu badan aina tinggi 39 darjah celcius. Terpaksa ambil ubat punggung. Makan pun tak berselera. Sekarang ni macam-macam penyakit dan virus. Demam kalau tak surut 3 hari, kena bawa ke hospital ambil darah. Di sini azlea nak share pengalaman sendiri pada mommies (bapa pun boleh juga) nak bagi suhu badan anak turun semasa demam:- Mandikan anak 3 kali sehari, nak turunkan suhu badan dan bagi badan sejuk. Tapi tak semestinya demam je baru nak mandi 3 kali.. selsema dan batuk pun pastikan mandi 3 kali sehari.Kalau dah teruk sangat demam, mandikan anak dengan ais (setakat ini tak pernah lagi buat).Elak guna pakaian tebal..pakai pakaian yang nipis dan longgar. Jangan selimutkan anak. Tujuan nak bagi …

Cantiknya Bunga Ros...

Image
Suka bunga ros  dan pernah terima bunga ros dari seseorang? Pastinya ramai wanita suka apabila menerima bunga dari orang tersayang tidak kira sekuntum, dua kuntum atau sejambak bunga ros. Kata orang bunga ros adalah simbolik cinta..
Di sebalik kecantikan dan pelbagai warna bunga ros ni,  ianya mempunyai maksud yang tersirat. Menunjukkan kedamaian,kesetiaan dan warna alam semula jadi. Melambangkan si dia mencintaimu sepenuh hati ataupun cinta sejati yang mendalam. Melambangkan kelembutan dan simpati.Kamu adalah cinta pertama si dia dan menjadi rahsia sejak sekian lama.Bermakna kamu adalah insan yang menjadi idamannya. Persahabatan,kegembiraan,kelegaan dan kebebasan.Permulaan sesuatu yang baru. Rasa cinta yang ada pada dirinya adalah cinta sejati dan sesuci bunga ros.
Pokok bunga ros kalau ditanam di halaman rumah kita sebagai hiasan memang cantik. Lagipun bunga ros  mempunyai keharuman yang lembut dan  berbau harum dan wangi. 


Suka sangat petik bunga ros yang mak tanam ....hehehe