Skip to main content

Layan je pakaian bundle

Eh..saya tak akan sesekali pakai bekas orang..Ooh ye ke..saya tak kisah pun asalkan cantik, murah..saya akan beli.

Lain orang lain ragamnya..ada yang suka pakai pakaian bundle..ada yang tak suka..ikut citarasa masing-masing..

Macam kami layan juga pakaian bundle..tengok juga brand dan kualiti pakaian.Macam en. suami suka beli jeans dan baju T-Shirt..untuk buat basahan..sekarang ni dah pandai menyelam (ayat kaki bundle) cari baju atau seluar yang affordable price..sampaikan boleh jual balik di kedai pakaian bundle..

Kenapa ye kami suka bundle:-

Sebabnya tentulah murah tetapi ada juga yang mahal harganya.Murah sebab ianya datang secara berguni-guni ataupun pukal dan datang dari luar negara. Biasanya jenama bundle ni tiada di pasaran Malaysia.Kalau kita rajin membelek pakaian bundle, kita akan menemui banyak pakaian terpakai yang berjenama. Tapi pastikan teliti dulu dan belek sampai puas hati..

Peminat bundle ni sanggup menghabiskan masa berjam-jam di kedai bundle untuk mencari yang terbaik .Berbaloi!Bayangkan jika di beli di butik, kita boleh dapat sehelai.Kalau di bundle, berhelai-helai boleh di beli. Harganya serendah RM2.00.

Akhir sekali, cuci dulu pakaian yang dibeli.Kalau was-was basuhlah dulu, walaupun tuan kedai kata pakaian dah dibasuh.

Pakaian bundle
Apron kanak-kanak
Pakaian Bundle
Apron untuk mom 
Ada juga pakaian bundle atau pun barang bundle yang mahal di jual terutama yang limited dan berjenama terkenal. Ada cecah sampai ribuan ringgit. Tapi itu tidak menghalang sesetengah peminat kaki bundle sebab mereka  sanggup membelinya.


Comments

  1. CN pun layan je bundle, yg pentg basuh dulu kan..bj bundle ni byk gak yg cntik2 n berkualiti ;)

    ReplyDelete
  2. Saya pun xkesah beli dan pakai pakaian bundle ni... Asalkan menarik dihati, layan jer... :)

    ReplyDelete
  3. niesa dlu pernah la jgak beli bundle..sekrang kt instagram yg pre-loved dorg jual tu pn dh dikira bundle sbb dh pkai kan kak..ehehe..
    comel apron!

    ReplyDelete
  4. Kalau suka beli aje AB...normally ada jugak yang ok kan..So far tak pernah beli lagi..tapi tengok dia orang beli ok aje..branded & elok lagi..

    ReplyDelete
  5. eh comelnyaaa apron tu heeee~
    Qila nak sangat pergi tapi selalu lupa heheheh

    ReplyDelete
  6. klu utk pakai kat umah , tak yah berkira ... sama ada beli masih dlm palstik atau terdedah , better cuci dulu sebelum dipakai .

    ReplyDelete
  7. cantik lagi la apron tu.. tak npk mcm bundle pun...

    ReplyDelete
  8. yang penting banyak pilihan kan ^_^

    ReplyDelete
  9. Pandai pilih, kadang tu yang bundle nampak cam baru...
    btw, comey je apron tu... ^__^

    ReplyDelete
  10. pernah sekali beli bundle masa memuda, waktu tu tatau pun apa konsep bundle tu...hhee

    ReplyDelete
  11. singgah sini.. kadang2 pakaian bundle pun boleh tahan juga. cantik juga apron tu.

    ReplyDelete
  12. Comel ajee apron tuuuu :D
    Ayah eiqa ske beli jeans kat bundle..
    Pakai aje selagi boleh guna..
    kan kak kannn (^_^)

    ReplyDelete
  13. eh! saya 1 family pun sama..layan bundle gak.
    adidas, LV, ralph lauren...murah2,
    sapa nak bagi kalau bukan kat bundle...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...