Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Majlis Pertunangan adik

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aku dah mula hilang mood berblog. Nak online pun malas.Ini boleh dikatakan kemalasan tahap (gaban) . Mungkin disebabkan banyak sangat peristiwa yang menimpa keluarga ku di bulan oktober ini dan kekangan masa dan kerja yang banyak akhir-akhir ini.  Kira tragedi oktober lah ni (ada ke patut) .Mak sakit sebelum hari raya Aidil Adha kemudian masuk wad seminggu sebelum majlis pertunangan adik bongsu ku pada 1 Muharam 1436H. Alhamdulillah majlis pertunanganya berjalan seperti yang dirancang.  Majlis pertunangan adik pun kami adik beradik yang siapkan.Tiada catering, semuanya buat sendiri. Sampaikan mak hiba melihat kami adik beradik memasak hidangan untuk tetamu yang akan datang.  Aku belanja uolls gambar sekitar majlis pertunangan:- budak paling rajin cuci pinggan..siapa lagi anis ku sayang.. kawan-kawan abah yang datang.Majlis belum bermula.. Terselit gambar aina.air yang pak ngah buat sedap katanya.. Aku, adik dan anis.

Alhamdulillah mak semakin sihat

Assalamualaikum semua..Setelah beberapa hari menyepi, baru hari ini dapat menjenguk blog di pagi Jumaat yang indah.Alhamdulillah mak semakin beransur pulih dari sakitnya.  Rasa pilu yang amat sangat bila mak dimasukkan ke wad akibat menahan kesakitan gout yang amat sangat dan penyakit lain . Terima kasih pada suami yang tercinta memahami dan membenarkan aku menjaga mak sepanjang mak di wad. Semoga mak cepat sembuh seperti sedia kala. Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Salam Maal Hijrah 1436H kepada seluruh umat Islam. Kita akan bertemu 1 Muharram pada 25 October 2014.Cepat benar masa berlalu. Pejam celik dah masuk tahun baru bermakna bertambahlah usia kita.  Semoga kita semua berazam untuk membuat perubahan kearah kehidupan yang lebih baik dan segala amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa.

Bila Nak Tambah Anak Ni?

Lumrah hidup, manusia tidak pernah berhenti bertanya soalan yang sama.Tanpa memikirkan perasaan orang lain.Mungkin terlampau prihatin. Sebelum berkahwin."Eeh..kau ni bila nak kahwin, tak kan nak hidup membujang.Kena mandi bunga ni." Alhamdulillah, bila sudah berumah tangga dan mempunyai anak.  "Tak nak tambah lagi ke.Mana cukup. Sikit je anak ko.Nanti rugi dan menyesal bila dah tua." Sesuka hati dan sesedap mulut berkata. (Dah tua pun..anak ramai sekalipun akan tinggal berdua je..hehehe) Bagi aku kualiti itu penting dari kuantiti . Anak adalah amanah Allah . Kita yang menentukan dan mencorakkan masa depan anak. Ya..rezeki  ada pada setiap anak. Rezeki tak kan bergolek kalau banyak anak sekali pun. Kita kena berusaha. Yakinlah rezeki itu datangnya dalam pelbagai bentuk ,bukan hanya anak, rezeki kesihatan baik, hidup tenang,kaya raya dan macam-macam lagi.. Yang pastinya jawapan itu ada pada Yang Maha Esa. Kita hanya merancang.Dia yang menentuk

Bila tiada internet?

Masih ingat tak lagi disaat Internet tidak wujud ?  Tiada facebook,blog,instagram ataupun social media lain Tiada Smartphone Tiada Tablet Tiada komputer Tiada gajet lain Kita mengisi masa lapang kita dengan cara lain untuk menghiburkan hati dengan permainan zaman kanak-kanak: Keting Ting Batu Seremban Baling selipar congkak Main pondok-pondok Main masak-masak Galah panjang Main bola rounders rebut tiang layang-layang main guli zero point gasing tudung botol pepsi cola dan macam-macam permainan  lagi  Kita dapat bermain dengan gembira dan seronok.Memang tersangat nostalgia dapat bermain dengan kawan-kawan setiap hari. Tersangat jauh bezanya dengan kanak-kanak hari ini yang membesar dalam persekitaran moden dan kepesatan teknologi. Ruginya... Keting ting 

Sedapnya Lamb Chop

Assalamualaikum.. Ini adalah rentetan daripada entry  kambing oh kambing . Teringin pula nak buat lamb chop buatan sendiri.  Semalam selepas balik kerja aku ajak papa aina anis ke Aeon One Utama mencari bahan basah nak buat lamb chop.. Mula-mula nak cari yang daging kambing yang belum diperap. Tapi dah tergoda dengan daging yang sudah diperap, apalagi bermulalah operasi memilih daging..Syoknya memilih sampai tak sedar lebih dari 1 Kg. Sampai di rumah aina dan anis dah bertanya Mama nak masak apa malam ni? Daging kambinglah kataku Bersoraklah mereka berdua Memasak tak ambil masa yang lama pun.Tak sampai 1 jam.Lagipun sos pun bukan buat sendiri.Beli je.. Mudah dan ringkas. Inilah hasilnya..Janji puas hati dan diorang gembira.Anis requested nak lagi malam ni..Sedap katanya.. Dinner malam semalam -Tamat-

Peraduan Dutch Lady 'Kalau Mak Menang'

Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah tunai yang berjumlah RM3.6 juta dalam Peraduan Dutch Lady 'Kalau Mak Menang' Untuk memenangi hadiah wang tunai ini, kita hanya perlu pergi ke pasar raya besar,pasar raya atau mana-mana outlet runcit berhampiran. Beli pek susu untuk membesar Dutch Lady 1kg.Pemenang yang bertuah yang menjumpai logo istimewa di dalam pek layak menerima hadiah tunai bernilai RM300 setiap seorang.Lebih dari 12,000 pek susu dengan logo istimewa boleh didapati di kedai-kedai berhampiran bermula 12 September 2014. Mudah ye..hanya beli pek susu Dutch lady 1 Kg, kemudian: 1. Buka dan tuang susu kedalam bekas 2. Cari - Kalau jumpa logo dalam pek 3. Hantar penyertaan  Cara nak tuntut hadiah penembusan, lampirkan: 1. Salinan Kad pengenalan 2. Pek kosong asal susu Dutch Lady 1 Kg dengan logo kemenangan sebagai bukti pembelian 3. Borang penyertaan Hantarkan ke: 26-2 Jalan USJ 9/5P Subang Business Centre 47620 Subang Jaya,Sel

CPUV Nuffnang: SME Micro Finance

Alhamdulillah rezeki Aidil Adha..CPUV yang masuk hari ini. Kempen dari Maybank untuk pembiayaan Mikro PKS atau SME Micro Finance. Maklumat lanjut tentang pembiayaan ini, dijemput klik iklan ni ye..Banyak maklumat yang boleh diperolehi nanti. Terima kasih.

Kambing oh kambing...

Dulu aku tak makan daging kambing . Bila dengar je pasal daging kambing..pantas aku jawab..eiii tak nak lah..nanti panas badan,tak sedap, ada bau kataku..Ye ke?Padahal aku tak pernah pun makan daging kambing.. Bila dah makan sekali sebab papa budak berdua ni memang penggemar daging kambing , belikan daging kambing yang dah diperap dan untuk dimasak, Wow!! sedaplah.Tu lah siapa kata daging kambing tak sedap..bohonglah..Ruginya..Jual mahal lagi kan. Sekarang ni dengan aku sekali, aina dan anis suka sangat daging kambing.Kalau nak makan lamb chop tak boleh share lagi dengan budak berdua.Mesti order kan untuk aina dan anis..Ataupun beli daging kambing yang dah siap diperap, goreng ataupun panggang.. Banyak khasiat daging kambing sebenarnya. Lupakan je lah tanggapan negatif yang mengatakan daging kambing penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi..No no no.. Kalau nak tahu daging kambing merupakan salah satu makanan sunah kegemaran Rasulullah S.A.W.. dan daging kambing mer

Blogger Area Mega Give Away

Assalamualaikum.. Join : Klik Banner di atas  Give Away ini akan berlangsung selama sebulan bermula 1-31 Oktober. Nak lihat senarai hadiah untuk 153 orang pemenang klik  Senarai Hadiah . Banyak tu..

Salam Aidil Adha 1435H

Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf terkasar bahasa dan kata kepada semua rakan blogger yang sudi menjalin persahabatan di alam maya ini.  Kepada mereka yang melakukan ibadah Qurban tahun ini, semoga ibadah kita diterima oleh Allah.  Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1435H 2014 .Semoga takbir yang bergema membawa seribu keberkatan dan bersamalah kita menyelami erti pengorbanan yang sebenar.

My Mesra September 2014

Assalamualaikum.. Terima kasih diucapkan kepada sahabat sekalian yang tak jemu-jemu memberi komen di setiap entri di blog ini. Komen-komen anda semua amat dihargai.  Di bawah ini disenaraikan 10 sahabat blogger yang rajin meninggalkan komen. Silalah jemput melawat sahabat-sahabat ini:- 1. Khir Khalid www.khirkhalid.com 2. Cikgu Norazimah www.cekgunorazimah.com 3.Khai Rin : anies   aniesandyou.blogspot.com 4. Ismi Ana annaputri20.blogspot.com 5. Budak rainfallasleep.blogspot.com 6. Belog Santai myblogsantai.blogspot.com 7. Mrs Secretary farahwahyda.blogspot.com 8. Bin Muhammad relakssminda.blogspot.com 9. Sylarius Yusof anakaskarpencen.com/blog/ 10. mamaniza www.mamaniza.com Kepada sahabat semua "Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat bercuti. Semoga kebahagian dan keceriaan menjadi milik anda semua.

Tak pe tak dapat :)

Assalamualaikum dan selamat pagi Alhamdulillah syukur, kita masih diberi kesempatan untuk bangun,bernafas,bersolat,makan dan menjalani kehidupan di dunia ini.Terima kasih Ya Allah.. Hari ini adalah hari Jumaat minggu pertama dalam bulan Oktober, semoga kita semua dilimpahi rahmat dan dilindungi oleh Yang Maha Esa.. Alhamdulillah, minggu ni saja ramai kawan blogger semua banyak menerima iklan Nuffnang sampai ada yang berderet 3,7,8. Tahniah semua. Yang tak dapat macam aku, jangan bersedih. Senyumlah..senyum pengubat segala duka dan kitalah yang menentukan sikap kita terhadap kehidupan sama ada positif ataupun negatif . Oleh yang demikian, ceriakan hari kita dengar sikap yang positif walaupun hanya perkara yang kecil :)    Salam Jumaat

Mata dah mengantuk

Bila mata dah mengantuk nak update entry pun dah tak larat.Tapi gagahkan juga..Sambil menaip mata ni kejap-kejap pandang TV dan menunggu mesin basuh menyudahkan kerjanya.Ada lagi 9 minit, kemudian sidai kain. Penat, memang penat..Kerja rumah perlu diberaskan.Esok kerja. Kalau dapat minum kopi sedap juga ni.Nanti tak boleh tidur pula..Aina dan Anis dah lama diulit mimpi.Seronoknya..Inilah entry aku yang paling tak semenggah.. Apa lagi..tutup segala gajet yang ada. Selamat Malam..

Selamat Hari lahir mak dan fiera ♫

ALLAH SELAMATKAN KAMU  ♫ ♫ ALLAH SELAMATKAN KAMU ♫ ♫ ALLAH SELAMATKAN MAK ♫ ♫ ALLAH SELAMATKAN MAK ♫ ♫ Hari ini genap usia mak yang ke 67 tahun. Selamat hari lahir buat mak tercinta Puan Hajjah Kalsom. Jasa mak yang melahirkan kami,mendidik,membesarkan kami 6 beradik tidak kami lupakan hingga akhir hayat. Buat mak yang abah panggil 'cun', kami doakan mak panjang umur,dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.Moga kebahagiaan dan keceriaan menjadi milik mak. Maafkan kami jika ada salah dan kesilapan kami yang kadang-kadang buat mak susah hati. Mak pernah berkata kepada kami walaupun kami dah kahwin dan mempunyai anak, kami 6 beradik tetap anak kecil dimata mak.. Sayang mak... Buat fiera, anak saudaraku yang berkongsi hari lahir yang sama dengan opah.. Mama,papa, kakak aina dan anis ucapkan  "Selamat Hari Lahir..Fiera..  Moga fiera menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat..