Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

PERCUTIAN CHENACHENIS DI BUKIT GAMBANG RESORT (PART 1)

Assalamualaikum..Seperti yang dijanjikan ini hari ke dua kami berada di Gambang Resort City. Kami telah pun merancang pagi itu akan ke Water Park dan sebelah petang dan malam akan ke Safari Park. Bukit Gambang Water Park Ada 3 tempat Water Park di sana iaitu Coco Beach,Penguin Island and Tree Top Hills Slides. Kami berada di sana selama 3 jam sahaja sebab sebelah petang akan ke Safari Park pula. Antara gambar yang diambil: Setelah penat Mandi dan berendam, makan dan balik ke bilik penginapan, sebelah petang kami ke Safari Park. Safari Park Wild Savannah Perjalanan kami bermula di Wild Savannah yang berkeluasan 138 ekar.Kami telah menaiki tram yang berhawa dingin selama 30 minit dan tidak dibenarkan membuka tingkap untuk keselamatan. Antara binatang yang ada di Wild Savannah ialah Singa Putih,Badak Air,Burung Kasawari,Dubok Dan lain-lain. Singa Simba dan Mina. Abang long dan kakak kawasan.Tak hairan pun tengok manusia,tidur lagi best Dah lah muka burok,malas cari

PERCUTIAN CHENACHENIS DI BUKIT GAMBANG RESORT

Alhamdulillah kami sekeluarga diberi kesempatan oleh Allah bercuti selama 3hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City pada hari Jumaat minggu lepas. Sepatutnya ini percutian kali ketiga tetapi pada tahun lepas kami terpaksa batalkan percutian ini kerana Aina mengalami demam panas dan bapa mertua telah kembali kerahmatullah pada minggu itu. Syukur sangat tahun ini ada rezeki untuk mereka berdua. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan selamat. Sampai sahaja di sana terus check in dan ambil segala tiket dan voucher yang telah disediakan untuk pakej 3D2N. Ini dia tiket dan voucher untuk pakej 3D2N. * 3D2N bermalam di Family Suite,Arabian Bay Resort *Buffet breakfast untuk 4 orang di ABR Coffee House untuk 2 pagi breakfast  *Dinner untuk satu hari untuk 4 orang di Simba Hill Gourmet Hall  *Tiket Water Park - 4 orang *Tiket Safari Park-4 orang *Active Academy(AA) games untuk 4 orang (Archery,Target shooting and flying fox Memang dah faham sangat kalau bercuti aktiviti perta

CHENACHENIS JALAN-JALAN BUKIT FRASER

Assalamualaikum.. Ini cerita masa cuti Thaipusam baru-baru ini. Kakak dan family telah ke Bukit Fraser. Sejuknya,nyaman dan dingin. Kami Tak bermalam di sana.Hanya balik hari.Lagipun esoknya kami nak ke Gambang Resort City. Masa akak tulis entry ni, akak dan family dan pun sampai di Gambang. Berbalik pada cerita Bukit Fraser ni, cuaca pada hari itu mencecah 21 darjah celcius.Sejuk tau. Rasa tak puas pula di sana. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 1/2 sahaja melalui jalan Kuala Kubu Bharu. Maklumlah jalan tu berliku dan banyak selekoh.Siapa tak tahan mesti muntah. Macam Anis, sampai je Bukit Fraser..Papa..papa anis tak tahan nak muntah ni,kataya. Bila dah sampai  di sana apa lagi haruslah bergambar ye.Kalau tak rugi.Pemandangan memang cantik dan yang penting kami dah pun jejak ke Bukit Fraser. Tunggu turn ambil picture di Mercu Menara jam. Bunga ni cantik mama kata Aina.. Cantik lagi anak-anak mama ni. Pemandangan di Menara jam..Bagaimana nak ambil gambar ni?Tung

CELEBRATE BIRTHDAY ABAH

Assalamualaikum... 31 January 2017 genap umur abah 76 tahun. Alhamdulillah Allah kurniakan abah kesihatan yang baik sihat walafiat.. Sempena umur abah yang ke 76 tahun, akak sekeluarga dengan berbesar hati membawa mak,abah dan along belanja makan-makan. Kiranya makan-makan day lah ye. Dari breakfast ke Restoren Ghani Tanjung Malim, pekena roti canai and mee rebus yang sedap hinggalah lunch di Nasi Arab Syam.  Sebelum lunch akak shopping baju pengakap untuk Aina dulu. Memang dah berjanji dengannya nak beli baju pengakap semalam. Tapi Anis ambil kesempatan, nak kasut sekolah sarung juga. Anis ohh Anis..Akak layankan aje. Berhabis jugalah dalam RM150.00. Itupun ada yang belum beli lagi tudung untuk Aina. Puas semua kedai baju dan tudung mencari tudung bawal berwarna kelabu. Warna kelabu habis tiada stok. Kata tuan kedai. Patutnya orderlah banyak. Kesian Aina. Takpe Aina, nanti mama belikan. Puas pusing tanya tuan kedai, perut pun berbunyi. Masa untuk makan ten