Skip to main content

CELEBRATE BIRTHDAY ABAH

Assalamualaikum...

31 January 2017 genap umur abah 76 tahun. Alhamdulillah Allah kurniakan abah kesihatan yang baik sihat walafiat..

Sempena umur abah yang ke 76 tahun, akak sekeluarga dengan berbesar hati membawa mak,abah dan along belanja makan-makan. Kiranya makan-makan day lah ye.

Dari breakfast ke Restoren Ghani Tanjung Malim, pekena roti canai and mee rebus yang sedap hinggalah lunch di Nasi Arab Syam. 

Sebelum lunch akak shopping baju pengakap untuk Aina dulu. Memang dah berjanji dengannya nak beli baju pengakap semalam.

Tapi Anis ambil kesempatan, nak kasut sekolah sarung juga. Anis ohh Anis..Akak layankan aje. Berhabis jugalah dalam RM150.00. Itupun ada yang belum beli lagi tudung untuk Aina. Puas semua kedai baju dan tudung mencari tudung bawal berwarna kelabu. Warna kelabu habis tiada stok. Kata tuan kedai.

Patutnya orderlah banyak. Kesian Aina. Takpe Aina, nanti mama belikan.

Puas pusing tanya tuan kedai, perut pun berbunyi. Masa untuk makan tengahari. Dah dirancang haruslah ke Restoren Nasi Arab Syam.

Kami order Arabic Salad,Chicken Mandy,Lamb Syurbah,Chicken Kabsa,Ice Lemon Tea,Water Melon. Perghh memang sedap nasi arab.

Tapi ada anak tu minta chicken chop.Memang ada dalam list. Tapi tak buat lah nak time lunch. Buat perangailah dia tak nak makan nasi. Itu pun berpaksa makan. Bak kat abah dan mak perangai 10 orang dikumpulnya. Sabarlah mak dengan perangainya.

Alhamdulillah mak,abah,along puas hati makan nasi arab. Lain kali belanja lagi ye kata mereka..



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...