Skip to main content

Posts

Showing posts from September 11, 2015

Birthday Kek Anis

15 Ogos 2015, genaplah umur Anis 6 tahun. Happy Birthday Anis Qaisara.Maaf mama lambat update cerita Anis..Sorry sayang.Moga Anis menjadi anak yang solehah, diberkati dan success dunia dan akhirat. Mama sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan Anis. Inilah kek birthday Anis yang mama tempah dari Aunty  Fiza  .Mama tahu Anis dah lama sangat nak kek frozen picture Elsa.Cantik kan.Rasa sayang pula nak makan. Terima kasih kak Fiza buatkan kek untuk Anis. Sedap, menepati citarasa kami dan tidak terlalu manis. I Like..

Salam Jumaat dan amalan sunnah

Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah. As salam semua.Di pagi hari Jumaat ini AB nak ucapkan Salam Jumaat yang barakah!Semoga kita semua dilimpahi rezeki,dimudahkan segala urusan,disayangi dan dikasihi dan diteguhkan serta ditingkatkan iman. Moga Jumaat ini bakal menjadi Jumaat yang terbaik untuk kita semua. Marilah kita perbaiki diri kita.Penuhilah hati kita dengan rasa bahagia dan kasih sayang, bersyukur atas nikmatNya dan hiasilah wajah kita dengan senyuman. Perkongsian bersama,Amalan Sunnah-Sunnah Hari Jumaat