Skip to main content

Posts

Showing posts from April 3, 2014

Bento cantik ..

Tertarik pula hiasan pada bento yang disediakan untuk anak-anak ke sekolah..penuh dengan warna-warni..Bento? Kalau sesiapa yang masih tak tahu..bento adalah istilah bahasa Jepun dan hidangan adalah seperti nasi, sushi,shashimi,tempura dan sebagainya. Di Malaysia, budaya membawa bekal sudah lama dipraktikkan zaman nenek moyang kita lagi. Tetapi di Jepun ianya disediakan dengan cara yang menarik, kreatif dan berkhasiat dan tidak terhad kepada kanak-kanak sekolah, malah turut disediakan bagi golongan perkerja.Kini Bento menjadi tidak asing di kalangan ibu-ibu di Malaysia.. Ini dia Bento .. Bento-Nasi Bento-Pasta Tip penyediaan Bento:- Gabungkan pelbagai warna untuk menarik minat anak  Guna penerap biskut untuk membentuk buah-buah dan sayur-sayuran  Potong makanan kecil-kecil supaya nampak comel Boleh juga disusun dalam bentuk  kartun, buah,haiwan dan lain-lain Makanan disusun padat dan kemas supaya ia tidak bergerak Nasi boleh dibentuk menggunakan plas

Bila aina demam, mama pun...

Hari ini masuk hari ke dua aina demam dan sudah dua hari azlea tak masuk kerja, ambil cuti mengejut.  Aina dapat cuti sakit pelajar 3 hari. 2 minggu lepas anis yang demam..rupanya nak tumbuh gigi baru, tapi gigi lama tak goyang lagi.Cepat sangat anis tumbuh gigi kekal.  Jumpa Doktor Zul semalam, suhu badan aina tinggi 39 darjah celcius. Terpaksa ambil ubat punggung. Makan pun tak berselera. Sekarang ni macam-macam penyakit dan virus. Demam kalau tak surut 3 hari, kena bawa ke hospital ambil darah. Di sini azlea nak share pengalaman sendiri pada mommies (bapa pun boleh juga) nak bagi suhu badan anak turun semasa demam:- Mandikan anak 3 kali sehari, nak turunkan suhu badan dan bagi badan sejuk. Tapi tak semestinya demam je baru nak mandi 3 kali.. selsema dan batuk pun pastikan mandi 3 kali sehari.Kalau dah teruk sangat demam, mandikan anak dengan ais (setakat ini tak pernah lagi buat). Elak guna pakaian tebal.. pakai pakaian yang nipis dan longgar. Jangan selimutkan anak. T