Skip to main content

Bila aina demam, mama pun...

Hari ini masuk hari ke dua aina demam dan sudah dua hari azlea tak masuk kerja, ambil cuti mengejut.  Aina dapat cuti sakit pelajar 3 hari. 2 minggu lepas anis yang demam..rupanya nak tumbuh gigi baru, tapi gigi lama tak goyang lagi.Cepat sangat anis tumbuh gigi kekal. 

Jumpa Doktor Zul semalam, suhu badan aina tinggi 39 darjah celcius. Terpaksa ambil ubat punggung. Makan pun tak berselera. Sekarang ni macam-macam penyakit dan virus. Demam kalau tak surut 3 hari, kena bawa ke hospital ambil darah.
Di sini azlea nak share pengalaman sendiri pada mommies (bapa pun boleh juga) nak bagi suhu badan anak turun semasa demam:-
  1. Mandikan anak 3 kali sehari, nak turunkan suhu badan dan bagi badan sejuk. Tapi tak semestinya demam je baru nak mandi 3 kali.. selsema dan batuk pun pastikan mandi 3 kali sehari.Kalau dah teruk sangat demam, mandikan anak dengan ais (setakat ini tak pernah lagi buat).
  2. Elak guna pakaian tebal..pakai pakaian yang nipis dan longgar. Jangan selimutkan anak. Tujuan nak bagi haba keluar.
  3. Minum air kosong banyak. Yang ni memang kena paksa minum..lagi kerap buang air kecil lagi bagus. (Selalunya buat air barley).
  4. Time tidur tu..jangan selimutkan anak..kerap basahkan towel kecil dan letakkan di dahi..kerap lah bangun check suhu badan anak..
  5. Boleh juga basahkan tuala mandi dan selimutkan anak dengan tuala..
  6. Last banyak-banyakkan berdoa untuk anak..Selalunya anak sembuh dari demam, ibu pula yang demam..oleh itu ibu pun pastikan jaga kesihatan..
Yang ini hanya demam biasa sahaja..Mungkin ada petua-petua lain yang boleh dikongsi bersama.

Comments

  1. selimutkan anak dgn tuala lembap , tu my kakak pernah buat . mmg berkesan n suhu badan cepat turun .

    ReplyDelete
  2. Semoga Anis cepat sembuh ye...
    Ilmu yg perlu ada pada setiap orang. Demam nampak macam biasa tapi sebenarnya bahaya!

    ReplyDelete
  3. semoga aina cepat sembuh..take care kak.. :)

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg baik.. agaknya kalau kita yg dah tua ni pun boleh amalkan jugak kot tips tu kalau badan panas.. hehehe
    menabung sini. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...