Skip to main content

Posts

Showing posts from February 1, 2015

Bahagianya mereka..

Bahagianya mereka.. Bermain tak kira masa.Itu memang hak mereka. Dunia mereka lebih ceria dan penuh dengan gelak tawa.  Ingin rasanya kembali kepada zaman kanak-kanak yang indah .Zaman kanak-kanak yang hebat.Melihat gelagat mereka AB tersenyum."Dulu aku pun seperti mereka. Bezanya zaman kita gunakan apa yang ada di sekeliling rumah untuk dijadikan bahan-bahan mainan. Bila time makan, kita makan then kita sambung balik bermain. Dah puas bermain masak-masak, bermain getah, congkak dan bermacam-macam lagi permainan. Mereka akan meningkat dewasa dan kita semakin tua. Pasti zaman kanak-kanak mereka akan menjadi kenangan buat mereka. Moga anak-anak menjadi orang dewasa yang cemerlang dunia dan akhirat.

MINGGU TERAKHIR DI BULAN JANUARI YANG MENGGEMBIRAKAN!!

Salam Februari. Pejam celik kita dah masuk bulan Februari. Rasa baru sangat sambut tahun baru. Macam tak percaya. Selepas beberapa hari  senyap seketika dari dunia blog, banyak yang AB ingin ceritakan dan kongsikan di sini.  Ke Hospital Serdang Last week adalah hari yang paling busy bagi diri AB.Last thursday, AB telah menghantar bonda tercinta mendapat rawatan fisioterapi di Hospital Serdang. Bonda AB telah disahkan mendapat penyakit osteoarthiristis di lutut kanannya dan hari yang sama bonda perlu ke klinik Ortopedik untuk mendapatkan suntikan Althromac.Bukan itu sahaja bonda menghidap acute gout,kencing manis dan darah tinggi. Semoga dengan suntikan ini bonda dapat berjalan seperti biasa.InsyaAllah,bonda perlu semangat dan pasti dengan sokongan kami adik beradik dan anak menantu, bonda boleh berjalan semua. Surat Serahan Milikan Kosong Bila surat sampai di rumah dan tertera alamat dari pihak pemaju, hati ini berbunga dan berteka teki.Adakah ini surat serahan pemilikan k