Skip to main content

Posts

Showing posts from October 22, 2016

TAK SANGKA PULA..KE LADANG ORKID

Cerita Raya AidilAdha yang lepas. Kononnya nak ke rumah kakak saudara selepas mengunjungi ke rumah sepupu. Lain pula jadinya. Memang dah lama tahu kewujudan ladang ini. Disebabkan ladang ini dekat dengan rumah parents AB, jadi kita ni tak ambil tahu sangat. Oleh itu kami singgah sekejap ke ladang Orkid Phalaepnopsis. Teruja sangat bila kaki melangkah masuk.. cantiknya orkid. Wow! besarnya orkid ni. Ada pelbagai saiz dan pelbagai warna. Sedikit info tentang Orkid ini. Baka Orkid Phalaepnosis ini telah diusahakan oleh Waltex Biotex Sdn Bhd dan terletak di Kampung Sungai Kamin, Ulu Yam Bharu. Nak ke sini dari Kuala Lumpur mengikuti Jalan Sungai Tua dan mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Tak jauh pun. Keluasan ladang ini 6 hektar.  Syarikat ini telah menjalankan proses pembiakan dan kacukan secara komersial.Kalau dulu orang akan gunakan arang untuk menanam orkid. Tapi kini penanaman orkid ini di ganti dengan lumut tanah.  Kalau nak info lebih lanjut boleh ke W