Skip to main content

Posts

Showing posts from September 15, 2016

MENGENAL SEJARAH:MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU & MUZIUM SENI KRAFT ORANG ASLI

MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU Destinasi kami berempat seterusnya ke Muzium Etnologi Dunia Melayu. Di sini kita dapat mengenal sejarah,seni kraft,teknologi,kebudayaan, alatan muzik,tarian ,pakaian tradisional,alatan permainan dan alatan dapur semasa kegemilangan masyarakat Melayu. Pelbagai jenis senjata seperti keris dipamerkan dan setiap keris mempunyai identiti dan ukiran tersendiri.Ada keris panjang dan pendek. Kami tertarik di satu sudut terdapat busana perkahwinan dan hiasan seperti cucuk sanggul,sikat,caping,hiasan kaki dan penyangkut kelambu. Memang menarik dan betapa kreatifnya masyarakat Melayu ketika itu.Begitu seni,teliti dan berkemahiran tinggi. Seronok sangat berada di Muzium ini,sejuk tau..Ada bau muzium pula tu..kalau boleh nak berlama-lama di sini.. link: Muzium Negara Antara gambar yang diambil: Pelbagai jenis keris Pelamin dan pakaian pasangan Raja Sehari..sama je pakaian perkahwinan mak dan abah Temba