Skip to main content

Posts

Showing posts from March 16, 2016

INILAH KASUT SAYA

Akhirnya.. Dapat juga anis memiliki kasut sukan idamannya. Memang dah lama anis berkenan dengan kasut ini. Memandangkan harganya yang mahal ketika itu..pendam kan je lah.. Semalam selepas menonton movie, kami sempat jugalah masuk ke Studio R di One Utama..Manalah tahu kalau ada kasut  untuk Anis.. Memang rezeki anis..Ada dua pilihan warna.. saiz pun ada... apa lagi mesti beli. Harga asal kasut ni memang mahal iaitu RM199.00.Kalau tak sale memang Tak akan beli. Ini pun dapat harga RM79.00.Rezeki Anis. Sebelum keluar dari Studio R anis bisik..puas hati anis mama dapat kasut ni, katanya. Alahai anak.. Selepas ini Tak ada lah anis nak mengelat follow mama jogging nanti ye.