Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Wanita Terbahagia-Bunga Cinta Lestari

Wanita Terbahagia - Bunga Cinta Lestari Jujur ku mengakui Pantas ku beri  Seribu pujian buat kamu Jauh di dalam hati  Selalu ku rasa Bersyukur aku mengenalmu Kerna cinta dari kamu Jadikan aku Wanita terbahagia di dunia Bersama kamu Ku jadi tahu Artinya waktu lebih berharga Dari harta di dunia  Bersama kamu Ku rasa jauh Lebih mengerti arti cinta  Tanpa harus mengucapkan cinta Kamu ku yakin tahu Ku yakin sama Tujuanmu dengan tujuanku

Selamat Hari Lahir Aina

Hari ini 27.2.2015 genap 8 tahun umur Aina.Selamat hari lahir sayangku Aina. Mama bangga dan bertuah memilikimu sayang.Cepat sangat masa berlalu.Anak mama semakin dewasa,bijak dan cantik di mata mama dan papa.  Memilikimu adalah satu anugerah bagi kami berdua. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah. Doa mama moga Aina menjadi anak yang solehah,cemerlang di dunia dan akhirat,diberkati, dirahmati,dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dikuniakan kecergasan akal dan kesucian hati. Anak yang taat perintahNya dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di dunia dan akhirat. ~Mama love you sayang~

Resepi Nugget Ayam yang mudah

Gigih betul malam semalam AB membuat nugget ayam untuk bekalan sekolah aina dan anis hari ini. Nugget ayam kesukaan mereka. Puas hati  dan seronok dapat buat sendiri.Aina dan Anis pun teruja pagi tadi AB buatkan nugget ayam khas untuk mereka berdua. Inilah rupanya nugget ayam yang memang mudah dan ringkas.  Bahan-Bahan: isi ayam (400gm) 4 sudu besar mayonis Sedikit garam 1 sudu kecil lada sulah 2 sudu besar tepung gandum Serbuk roti Sebiji telur Cara-caranya: Blend atau kisar isi ayam sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan kecuali telur dan serbuk roti. Gaul sampai sebati. bentukkan mengikut citarasa masing-masing. Celup ke dalam telur dan golekkan di atas serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng. Inilah hasilnya selepas di goreng. 

CPUV Nuffnang:Mi Sedaap Kristal Digital

Bulan ini sahaja sudah dua kempen jenama Mi bertandang di blog  chenachenis . Maggi Kari-Curry Festival dan yang terbaru  Mi Sedaap Krispi Digital. Terima kasih Nuffnang . Terima kasih penaja. Terima kasih pembaca.

Court Badminton kami yang punya

Inilah aktiviti kami anak beranak beberapa minggu yang lepas. Yesss dapat main badminton di dewan. Aktiviti riadah mengeluarkan peluh.Kalau tak pun kami berjogging di taman permainan ataupun berbasikal dengan aina dan anis. Memang nekad tahun ini kami berdua ingin jadikan aktiviti badminton sebagai aktiviti riadah yang wajib. Dapat seminggu sekali pun jadilah. kalau dapat tiap-tiap hari lagi bagus..hehehe.. Seronok sangat main badminton dengan anak-anak ni. Bayangkanlah bermain bersama anak-anak kecil, memang kecoh terutama tengok gelagat anis pukul  bola tangkis. Sebelum ini, kami bermain badminton di halaman rumah opah dan tok dad aina dan anis. Ini sebagai permulaan. Renggangkan otot-otot yang dah ketat. Selepas bermain, memang sakit seluruh badan. Sekarang alhamdulillah, rasa sakit pun sudah tiada..main badminton pun dah seronok.Badan rasa ringan, sihat,bermotivasi, fikiran yang lapang dan rasa gembira. Entri lepas AB ada ceritakan berkenaan kami tak dapat bermain badmi

Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman

Salam Buku! Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sally ( ihikkss ), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah. Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman Syarat-syaratnya : Follow blog Sally , Add To Circle Google+ Sally , Follow Twitter Sally , dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman . Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark) ... Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 

CPUV Nuffnang: Samsung Galaxy A Launch

Baiknya Nuffnang.Kempen kali ini  dari Samsung Galaxy A Launch. Kepada yang meminati jenama samsung boleh dapatkan Samsung Galaxy yang memberi kepuasan dengan berselfie. Terima kasih sudi singgah blog ini.

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Menu tengahari yang sedap

Inilah menu tengahari kami sekeluarga. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Sepatutnya ayam kari ayam dan sayur brokoli campur ini menu untuk semalam. Tapi ditunda tak jadi masak sebab dapat jemputan kenduri doa selamat tengahari semalam. Oleh itu menu untuk hari inilah. Kari Ayam dan Sayur Brokoli campur Seronok tengok anis dan aina makan bertambah sebab ayam masak kari ni memang  lauk kegemaran mereka.Mungkin sebab dah tengahari perut pun lapar di tambah pula dengan ikan masin gelama (tiada dalam gambar). Apa lagi makan pun bertambah. InsyaAllah petang ni nak ke rumah kawan kerana beliau akan menunaikan umrah dan berangkat ke Tanah Suci minggu hadapan. Dan kepada kawan-kawan yang akan pulang dari bercuti berhati-hati ketika memandu.

BELI DARLIE DAPAT 1 KOLE MARVEL

2 bulan lepas beli darlie, dapat hadiah Mug Transformer.  2 minggu lepas beli Kit Kat dapat Mug percuma. Hari ini beli 2 pek Darlie Enamel Protect dapat 1 Kole Marvel. So..bertambah koleksi mug di rumah ini. Tak perlu beli mug yang lain. Percuma ke?..Bagi AB dan suami tak..sebab kita dah beli mug sebenarnya, harganya RM0.50.Dengan pembelian  2 pek darlie percuma 1 kole, harganya RM14.90. Beli 2 pek darlie  tanpa hadiah mug ini, RM14.40. Bezanya RM0.50. Terpulang kepada kita sebagai pengguna yang bijak. Benda hadiah ni selalunya kita sebagai pengguna cepat terpengaruh. Dulu mak-mak  kita suka sangat beli barang yang ada hadiah percuma. Untung katanya..

CPUV Nuffnang: Maggi Kari - Curry Festival

Alhamdulillah rezeki datang lagi menyinggah di blog ini..CPUV yang ketiga untuk bulan Februari.  CPUV kali ini  dari Maggi Kari-Curry Festival. Terima kasih Nuffnang..

Mini GA by Nina + Anies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sesiapa yang berminat bolehlah klik banner dibawah.  Syarat pun mudah.. Tag Budak cekgunorazimah

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di  cekgunorazimah.com  bermula pada hari ini,  31 Januari 2015 , iaitu tepat jam  12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015,  iaitu tepat jam  11.15 malam.  Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog   CN  (ada di side bar [Followers Awesome] )  Add To Circle G+CikguNorazimah   dan   Follow Instagram cikgunorazimah  (jika ada)   Buat entri bertajuk  " Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN"   Copy coding   yang telah disediakan dan paste kan ke dalam   ruangan HTML   dan   Publish  entri.   Tinggalkan URL entri   anda ke dalam ruangan komen   INI . Seramai 15 orang peserta akan  dipilih untuk masuk  dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN  ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  1 Mac 2015. SENARAI PESERTA

Jalan-Jalan Naik Komuter

Jalan-jalan naik komuter. Aktiviti kami 4 beranak di Tahun Baru Cina. Perjalanan bermula dari Stesen Komuter Batang Kali,Rawang ke KL Sentral. Harga tambang sehala untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM14.80.  Hari yang paling seronok buat Aina dan Anis .Dapat juga merasai pengalaman naik KTM komuter. Tak ada lah aina dan anis melopong bila cikgu bertanya pernah naik komuter atau tidak nanti? Ye tak..Bertolak dari Stesen Batang Kali 11.30 a.m Dah namanya cuti umum..faham-fahamlah mesti ramai yang akan naik komuter dan tentulah warga asing yang akan memenuhi komuter especially from bangladesh,nepal,indonesia,myanmar dll. Masa cuti umum ni lah mereka akan keluar beramai-ramai turun ke Kuala Lumpur.  Rasa macam bukan berada di Malaysia.  Sampai di Rawang kami perlu tukar train untuk ke KL Sentral. So lega sebabnya dapatlah kami duduk.Train ke KL Sentral lagi luas,selesa, cantik , berwajah baru dan lengkap dengan CCTV. Apa lagi sesi bergambar ye.. Tiba di KL Sentral jam 1

Bahagianya mereka..

Bahagianya mereka.. Bermain tak kira masa.Itu memang hak mereka. Dunia mereka lebih ceria dan penuh dengan gelak tawa.  Ingin rasanya kembali kepada zaman kanak-kanak yang indah .Zaman kanak-kanak yang hebat.Melihat gelagat mereka AB tersenyum."Dulu aku pun seperti mereka. Bezanya zaman kita gunakan apa yang ada di sekeliling rumah untuk dijadikan bahan-bahan mainan. Bila time makan, kita makan then kita sambung balik bermain. Dah puas bermain masak-masak, bermain getah, congkak dan bermacam-macam lagi permainan. Mereka akan meningkat dewasa dan kita semakin tua. Pasti zaman kanak-kanak mereka akan menjadi kenangan buat mereka. Moga anak-anak menjadi orang dewasa yang cemerlang dunia dan akhirat.

MINGGU TERAKHIR DI BULAN JANUARI YANG MENGGEMBIRAKAN!!

Salam Februari. Pejam celik kita dah masuk bulan Februari. Rasa baru sangat sambut tahun baru. Macam tak percaya. Selepas beberapa hari  senyap seketika dari dunia blog, banyak yang AB ingin ceritakan dan kongsikan di sini.  Ke Hospital Serdang Last week adalah hari yang paling busy bagi diri AB.Last thursday, AB telah menghantar bonda tercinta mendapat rawatan fisioterapi di Hospital Serdang. Bonda AB telah disahkan mendapat penyakit osteoarthiristis di lutut kanannya dan hari yang sama bonda perlu ke klinik Ortopedik untuk mendapatkan suntikan Althromac.Bukan itu sahaja bonda menghidap acute gout,kencing manis dan darah tinggi. Semoga dengan suntikan ini bonda dapat berjalan seperti biasa.InsyaAllah,bonda perlu semangat dan pasti dengan sokongan kami adik beradik dan anak menantu, bonda boleh berjalan semua. Surat Serahan Milikan Kosong Bila surat sampai di rumah dan tertera alamat dari pihak pemaju, hati ini berbunga dan berteka teki.Adakah ini surat serahan pemilikan k