Skip to main content

Menu tengahari yang sedap

Inilah menu tengahari kami sekeluarga. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Sepatutnya ayam kari ayam dan sayur brokoli campur ini menu untuk semalam. Tapi ditunda tak jadi masak sebab dapat jemputan kenduri doa selamat tengahari semalam. Oleh itu menu untuk hari inilah.


Kari ayam dan sayur brokoli campur
Kari Ayam dan Sayur Brokoli campur
Seronok tengok anis dan aina makan bertambah sebab ayam masak kari ni memang  lauk kegemaran mereka.Mungkin sebab dah tengahari perut pun lapar di tambah pula dengan ikan masin gelama (tiada dalam gambar). Apa lagi makan pun bertambah.

InsyaAllah petang ni nak ke rumah kawan kerana beliau akan menunaikan umrah dan berangkat ke Tanah Suci minggu hadapan.

Dan kepada kawan-kawan yang akan pulang dari bercuti berhati-hati ketika memandu.

Comments

  1. arghhhh tidakkkkk kari ayam ituuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. Fuhh.. berselera pulak tengok kari ayam tu.. buat makan mlm pun best sgt tu.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Lirik lagu Animasi Puteri

Lirik Lagu Animasi Puteri Angin berhembus membelai mesra Tenang di jiwa suasana terkira bahagia Hatiku ceria dengar kicau kenari Cahaya suria bersinar indah Mekar mewangi bunga di taman Warna warni seluruh alam Damainya mempesona https://www.facebook.com/puterilimau.official http://www.puterilimau.com/ Anis dan Aina tak sabar nak tengok Puteri.Ala-ala Frozen..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...