Skip to main content

Posts

Showing posts from March 5, 2015

Kek hari lahir buat Aina

Sepatutnya majlis hari lahir aina yang ke 8 tahun diadakan pada 28.2.2015 dan jatuh pada hari sabtu, AB dan suami sepakat untuk menyambutnya bersama ahli keluarga lain pada hari Ahad 1.3.2015 selepas  Majlis Cukur Jambul Firdaus  selesai.  Rezeki yang ada kita kongsi bersama. Kek aina diimport terus dari Secret Recipe. Maka dapatlah sepupu aina yang lain merasai kek hari lahir aina.  8 tahunlah... Anis tunggu je kakak potong kek.. Lambat sangatlah kakak..kita potong sama-samalah kek ni.. Buat Aina sayanggg.. Mama sentiasa doakan kesejahteraan,kebahagiaan,kesihatan yang baik,kekayaan, sentiasa dimurahkan rezeki dan cemerlang di dunia dan akhirat.  Love u till Jannah.

Majlis cukur jambul buat Firdaus

1.3.2015 di rumah ibu bapa AB telah diadakan majlis cukur jambul buat Muhammad Firdaus.Sepupu baru aina dan anis yang berumur 2 bulan iaitu anak kepada kakak dan abang ipar AB.Alhamdulillah Allah mengurniakan mereka zuriat setelah hampir 7 tahun berkahwin. Majlis ini buat simple sahaja, panggil pun tak ramai hanya jiran terdekat dan saudara mara. Bukan main seronok lagi aina dan anis ,semua sepupu ada pada hari itu. Dalam majlis itu seorang pun tak ambil gambar menu untuk kenang-kenangan. Sedehnya..Tak tahulah macam mana boleh terlupa. Mungkin masing-masing dah busy buat preparation terakhir pada majlis tersebut. Semua menu makanan catering sendiri.Ye...No tempah-tempah.Boleh bajet sendiri. Jimat kan.Kiranya bergotong-royong. Menu-menu Nasi Minyak ( Marzuki & the geng (en.suami & Azami) Kari Ayam (  Marzuki & the geng (en.suami & Azami) Sayur tumis (Marzuki & en.suami) Sambal Ayam ( Einasz aka Ichu) Gulai Pisang & ikan kering( Along aka Mu