Alhamdulillah..selesai segala persiapan barang keperluan sekolah untuk Aina dan Anis. Lega rasanya. Pakaian sekolah,beg, kasut sekolah,stokin dan buku latihan sekolah pagi pun sudah di beli. Kecuali yuran dan buku latihan sekolah petang sahaja belum lagi dibayar dan beli. Tunggu hari Ahad ini, pembayaran yuran dan buku latihan perlu dilakukan di sekolah petang. Awal bulan Disember, AB dah pun shopping beli barang keperluan mereka. Semangat sungguh.Fuhh.. Memang tak suka sangat shopping last minute dan tak suka bersesak nak pilih pakaian. Nanti tak ada size lah, dah kena cari tempat lain. Better prepare awal-awal. Seronok sangat masa membeli baju budak berdua ni, jurujual layan kita je.Hahaha.. Next year, Aina akan naik darjah 3 dan Anis pula darjah 1. Cepat betul masa berlalu..Eehhh..dah sekolah Anis ye. Rasa seronok melihat telatah mereka berdua mengemas buku latihan dan menyiapkan barang keperluan yang lain. Aina dengan bangganya menunjukkan boto...