Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Aina Kumpul Medal

Balik dari kerja khamis lepas, Aina dengan bangganya menunjukkan medal ke 2 nya.Medal pertama ,Aina memenangi tempat ke 3 dalam acara bola jaring peringkat kebangsaan 2013.Medal ke 2 ,Aina menang tempat ke 5 dalam larian kejohanan merentas desa 2014, tahun 1 pada hari khamis yang lepas..Wah hebatnya aina..walaupun tempat ke 5, kami tetap berbangga..Selepas ini, setiap tahun bolehlah aina kumpul medal..Dulu masa zaman azlea sekolah rendah, mana ada hadiah medal, kalau kejohanan atau acara sukan mesti pihak sekolah akan hadiah pinggan mangkuk kaca..hihihi..yang penting semangat kesukanan mesti ada. Ok..short entry..minggu ni memang banyak sangat kerja..semalam dan hari ini, kerja.Esok dan selasa..yeaaa cuti... ~Azlea~

Annual Dinner and Weekend Outing (BGRC)

Hari ni baru dapat update blog dan jengah blog rakan-rakan yang lain. Ye lah, habis je balik dari Gambang ahad lepas, esoknya dah masuk kerja dan seharian busy meguruskan pendaftaran pelajar baru..fuh..penat..tak nak cerita pasal kerja..hanya kongsikan sepanjang berada di Bukit Gambang Resort City (BGRC).. 17/1/2014 (Jumaat) Azlea telah dijemput untuk menghadiri Sentoria Annual Dinner and Weekend Outing di BGRC selama 3D 2N (17-19/1/2014) untuk menghargai staf Sentoria Group Berhad.Pakej ini ditaja oleh Sentoria..Wow..best kan..boleh bawa ahli family lain..Kami sampai lewat juga di BGRC..check in jam 3.00pm..dan menginap di Arabian Bay Resort..memang dah pilih Family Suite (Bilik 2, katil 4). Breakfast untuk 2 hari, Water Park,Safari Park dan Outdoor Riders Arabian-Family Suite  Apalagi pantang nampak kolam..mandilah..macamlah tak pernah jumpa air.. Boleh buat istana pasirlah anis.. Kesejukan..berendam lama dalam air.. 18/1/2014 (Sabtu)

~Annual Dinner di BGRC ~

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..company azlea akan mengadakan annual dinner di bukit Gambang Resort pada hari sabtu ni. Kebetulan hari ini public holiday..Company berbesar hati memberikan kebenaran kepada kami semua check in lebih awal, jadinya 3 hari 2 mlm lah di sana. .Tahun sebelumnya, 2 hari 1 malam je. Penginapan ditanggung oleh company kecuali perbelanjaan lain dan makan di water park, safari night dan aktiviti lain di tanggung sendiri..Tak dapat nak cerita lebih lanjut lagi tentang annual dinner dan company sebab pagi ni kami sekeluarga akan bertolak ke Gambang...Semoga Allah permudahkan perjalanan dan keselamatan kami ke sana.. ~Azlea~

~Bila dapat mandi kolam~

Seronoknya aina dan anis dapat mandi kolam hari ni. Papa dan mama cuti.Selalunya papa aina dan anis kerja, tapi hari ni cuti..yeaaa seronoknya.Kalau tak mama je yang ada di rumah kalau time cuti.Ye tak...Kolam tu dah bocor sebenarnya, jadi hari ni cuaca elok sangat, papa aina tampal, elok pulak tu..apa lagi bersoraklah diorang..horay, horay, kita dapat mandi kolam. Sambil tu bolehlah tolong basuh kereta ya..rajinnya anis ni..Malam ni tidur awal lah aina dan anis penat mandi.lagipun esok sekolah.. ~Azlea~

Salam Maulidur Rasul 2014

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435 H. Perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad SAW. Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Hadis dan falsafah

Hidup adalah satu Perjuangan Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW,baginda bersabda: Allah berfirman:"Aku telah menyediakan untuk hambaku yang soleh,apa yang belum pernah mata melihat,belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat(terlintas) dalam hati manusia." Sumber:google Belanja Wang sebaik-baiknya Daripada Abu Hurairah RA katanya,sabda Rasulullah SAW,"Antara wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya,wang yang engkau sedekahkan kepada orang miskin dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu,maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu." Selawat Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa yang bersalawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentialah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak bersalawat sedikit atau banyak." ~Azlea~

Hujung Minggu yang bermakna

sumber : google Assalamualaikum dan selamat pagi..Mari kita manfaatkan cuti minggu kita bersama insan yang tersayang..Bagi azlea dah tentu bersama hubby dan buah hati pengarang jantung (aina dan anis). Hujung minggu kami selalunya dihabiskan dengan mengemas rumah, ronda basikal,main netball, apa lagi..main badminton dan pastinya aina dan anis gembira bila dapat tahu mama cuti pada hari sabtu dan ahad.. Paling bermakna bila kami dapat cuti bersama..biaselah hubby kerja di hospital (shift pula tu)...jarang dapat cuti bersama..kalau azlea cuti..dia kerja..Jadi peluang yang ada akan digunakan sebaik mungkin bila kami dapat cuti bersama. Plan minggu ni? Plan nak sambut birthday kakak. Semoga apa yang dirancangkan berjalan lancar..Selamat hari lahir Along..Semoga Allah murahkan rezeki along dan sihat selalu..Sayang Along.... ~Azlea~

Kisah Si Miskin dan Si Kaya

Assalamualaikum..tazkirah Jumaat... google Suatu hari ketika nabi Musa a.s sedang berehat di rumahnya, tiba-tiba dia didatangi seorang tetamu.Pakaian tetamu tersebut sangat lusuh berdebu,bahkan terdapat koyakkan serta tamplan pada pakaiannya. Kemudian tetamu tersebut memperkenalkan dirinya dengan berkata,"Wahai nabi Allah bukanlah tuan adalah kalamullah,bolehkah tuan menolongku? "Apa permintaan mu saudara?" bertanya nabi Musa a.s."Aku adalah seorang miskin,aku mohon tolong sampaikan kepada Allah permohonanku ini,agar menjadikan seorang yang kaya,"pinta si miskin. Nabi Musa a.s hanya tersenyum dan berkata kepada si miskin,"Saudaraku,banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah." Terkejut si miskin, dengan nada kesal dia menjawab,"Bagaimana aku mahu bersyukur,aku makan jarang, dan pakaian yang aku pakai ini hanya satu lembar sahaja."Akhirnya si miskin pun pulang dengan hampa tanpa mendapatkan apa yang diingininya. Beberapa k

Dah berpindah milik.....

Laptop kesayanganku yang kini dah berusia hampir 9 tahun.Kini menjadi milik Aina dan Anis.. Wah..seronoknya aina main game. Lepas ni bolehlah ajar cara nak open microsoft word, save and print. Cadangnya sebelum itu nak belikan tab yang murah, tapi bila difikirkan rasa macam membazir..Jadi berikan saja laptop yang banyak berjasa pada kakak dan adik-adik azlea. Dengan laptop inilah diorang buat assignment masa belajar di Universiti..sekarang diorang pun dah bekerja dan berkahwin, maka dikembalikan semula kepada tuan punya laptop ini.. Tak mengapa walaupun azlea tak guna lama pun laptop ni..janji puas dapat tolong adik beradik yang lain kan. Jadi lepas ni Aina dan Anis tak boleh kacau mama lagilah..kalau tak mama nak tengok upin ipin.Padahal tiap-tiap hari tengok upin upin di TV...alahai sayang...

Bodoh atau pandai

Anis tertidur dalam kelas

Hari ni hari ke-3 Anis ke sekolah. Harapnya Anis tak tertidur lagi dalam kelas.Itupun tidur selepas buat kerja yang diberikan oleh cikgu.Alasannya mengantuk..kesian sayang mama..jam 6.00 a.m dah bangun dan bersiap, begitu juga Aina.Tapi Aina dah dilatih dari umur 5 tahun lagi, jadi tak ada masalah..Cikgu biarkan Anis tidur hampir sejam jugalah..janji kerja siap...bukan anis sahaja yang tertidur, ada juga kawan anis tidur sampai habis waktu sekolah...

Sampah lagi..

Sedih sangat dengan segelintir rakyat Malaysia yang suka sangat buang sampah di tempat yang tidak sepatutnya di buang.Lagi dilarang, lagi dibuatnya. Contohnya: Di larang membuang sampah di sini.Tapi di tempatlah itulah mereka nak buang sampah. Yang ni lagi tak bertamadun, dilonggokkan sampah di jalan.Sakit mata melihatnya dan menjijikkan. Sesuka hati nak buang sampah. Kesian pekerja lori sampah sentiasa membersihkan kawasan ini. Pada hal minggu lepas baru dibersihkan, masih lagi di buang di situ... Itulah segelintir sikap rakyat Malaysia, walaupun terkenal dengan sopan santun dan berbudi bahasa tapi masih mempunyai tabiat buruk suka buang sampah merata tempat. Contoh lain, budaya membuang sampah dari luar tingkap kenderaan.Sikap ini boleh membahayakan kepada pengguna jalan raya ataupun pemandu kenderaan yang lain. Apa salahnya sampah atau bekas makanan kita simpan dalam plastik dahulu, baru buang kalau sudah sampai di destinasi yang di tuju.Bukannya susah pun. Ada juga yan

Ronda-ronda

Aktiviti di petang hari   Aina dan Anis berbasikal bersama papa..