Skip to main content

Sampah lagi..

Sedih sangat dengan segelintir rakyat Malaysia yang suka sangat buang sampah di tempat yang tidak sepatutnya di buang.Lagi dilarang, lagi dibuatnya. Contohnya: Di larang membuang sampah di sini.Tapi di tempatlah itulah mereka nak buang sampah.

Yang ni lagi tak bertamadun, dilonggokkan sampah di jalan.Sakit mata melihatnya dan menjijikkan. Sesuka hati nak buang sampah. Kesian pekerja lori sampah sentiasa membersihkan kawasan ini. Pada hal minggu lepas baru dibersihkan, masih lagi di buang di situ...


Itulah segelintir sikap rakyat Malaysia, walaupun terkenal dengan sopan santun dan berbudi bahasa tapi masih mempunyai tabiat buruk suka buang sampah merata tempat. Contoh lain, budaya membuang sampah dari luar tingkap kenderaan.Sikap ini boleh membahayakan kepada pengguna jalan raya ataupun pemandu kenderaan yang lain. Apa salahnya sampah atau bekas makanan kita simpan dalam plastik dahulu, baru buang kalau sudah sampai di destinasi yang di tuju.Bukannya susah pun.

Ada juga yang suka buang sampah daripada tingkat atas ataupun meninggalkan sampah di tangga-tangga apartment/flat.Mungkin difikiran,Tukang sapu boleh tolong buangkan.Kenapa susah sangat ke nak turun buang sampah?

Rasanya kita telah dipupuk tentang kebersihan dari sejak kecil lagi.Oleh itu jadilah orang yang bertamadun kerana setiap perbuatan kita itu melambangkan keperibadian kita sebenarnya..

~Azlea~

Comments

  1. sgt tidak suka org yg x bertamadun mcm ni...wpn setakat bungkus gula2 tu pun niesa paling paling pantang org campak suka hari.. mmg ada segelintir rakyat malaysia yg berat tgn..niesa sll dnga alasan "alah,cleaner kan ada..buat apa bayar gaji dorg kalau bkn utk buat kerja.." hmm..mentallity yg ntah apa2...

    ReplyDelete
  2. setuju..akak cerita dari pengalaman akak sendiri..

    ReplyDelete
  3. kesian orang yg nak kutip sampah nanti.. mmg tak da kesedaran sivik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...