Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Manfaat Vaseline Petroleum Jelly

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Seperti yang kita tahu, Vaseline Petroleum Jelly jenama popular untuk penjagaan kulit . Aku memang menggunakan Vaseline Petroleum Jelly sejak dulu lagi sebelum berkahwin. Pada masa itu vaseline yang aku guna sebagai pelembap bibir untuk elak bibir kering atau pecah-pecah. Sehinggalah bila aina mendapat gatal-gatal dan masalah kulit kering. Doktor menyarankan aku menyapukan vaseline petroleum jelly pada kulit yang bermasalah.  Alhamdulillah..berkesan. Sebenarnya banyak sangat kegunaan Vaseline Petroleum Jelly . Uolls boleh check di google.Antaranya; Sebagai pelembap bibir Masalah Kulit kering dan mengelupas Menghilangkan Kegatalan kulit Make-up remover Sembuhkan luka Hilangkan jerawat Rawatan kuku Harganya pun murah tak mahal dan tahan lama. Antara RM4.00-RM5.00 dan senang diperolehi. Selalunya ada dijual di guardian,watson atau kedai farmasi. Sekadar berkongsi info, kalau tak sesuai hentikan penggunaannya ye.

CPUV Nuffnang Disember 2014

Alhamdulillah..CPUV sepanjang bulan disember 2014. Terima kasih Nuffnang dan pihak penaja kerana sudi memilih blog ini untuk beriklan. Kepada kawan-kawan terima kasih ye..sudi klik iklan-iklan di atas.. Moga tahun 2015, kita semua sentiasa dimurahkan rezeki.

Daging Goreng Kunyit sedapnya

Inilah resepi paling mudah dan ringkas..Sedap dan menyelerakan bila makan dengan nasi panas dan ditambah dengan telur asin dan ulam kacang panjang..perghhh.. Bahan-bahannya; 1/2 kg daging yang dipotong kecil Sedikit kunyit Sedikit Garam Sedikit Gula Sekeping asam  1 labu bawang besar (potong dadu) 1/2 inci halia 1 biji bawang putih  1 biji cili besar  Cara memasak; Gaul daging yang sudah dipotong bersama kunyit,garam,gula dan asam keping.Perapkan daging tersebut. Panaskan minyak dan goreng daging tersebut.Masukkan air sedikit. Bila daging dah lembut, masukkan bawang besar,halia dan bawang putih. Rasakan samada cukup garam dan gula. Kacau daging, masukkan cili besar yang sudah dihiris. Boleh juga masukkan kacang panjang kalau suka. Tutup api, dan hidangkan.. Mudahkan.. Selamat Mencuba.

Suka Makan Pisang

Kami sekeluarga suka makan buah pisang . Beli sesisir sekejap je dah licin. Sedap dan mengenyangkan. Macam-macam resepi yang boleh kita buat dengan buah pisang ni.Boleh buat jemput-jemput pisang, pisang goreng,lepat pisang,kerepek,kek pisang,gulai pisang,banana split, banana smoothie dan yang terbaru pisang goreng cheese yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Banyak sebenarnya khasiat makan pisang. Antaranya bagus untuk sistem penghadaman dan pencernaan terutamanya yang mengalami sembelit. Makanlah pisang untuk perut yang sihat. Pisang memberi tenaga kerana mengandungi gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. That's why atlet sukan suka makan pisang untuk memberi tenaga dan menghilangkan kepenatan. Teringat dulu semasa aina mewakili selangor dalam bola jaring peringkat kebangsaan 2013, habis je satu-satu perlawanan jurulatih cepat-cepat beri makan pisang. Pisang mengandungi pottasium yang dapat membantu meno

Banjir luar biasa di Pantai Timur

Sedihnya bila melihat keadaan banjir di Pantai Timur terutama di kelantan.Keadaan semakin buruk bila mana banyak jalan-jalan ditutup dan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan . Syukur alhamdulillah, rumah mertua di Terengganu tidak dinaiki air dan selamat kerana berada di kawasan tinggi. Begitu juga keluarga yang lain. Sama-samalah kita berdoa agar mangsa banjir  terus tabah dengan ujian yang menimpa.  "Wahai bumi,telanlah airmu. Dan wahai langit,berhentilah dari curahan hujanmu. Surah Hud:44 Ini ujian Allah kepada umatnya untuk menguji kesabaran dan keimanan hambanya.Semoga mereka juga menjaga keselamatan diri dan keluarga semasa dan selepas banjir. Kerana bila selepas banjir macam-macam penyakit berjangkit. Kredit:  Utusan Online

Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz

Segmen Bloglist January 2015 by Akim Imtiyaz 22 Disember - 30 Disember Klik banner di atas atau pun  SINI

Untungnya anak sekarang

Pejam celik kita dah nak ke penghujung 2014. Cepatnya masa berlalu. Bagi ibu bapa yang ada anak-anak bersekolah tentu sibuk menyediakan segala persiapan dan kelengkapan sekolah anak untuk tahun 2015. Bila dah naik sekolah tahun baru, mesti nak baju baru,beg baru,kasut baru,stoking baru,botol air baru dan alatan tulis yang lain. Semuanya nak serba baru.Belum lagi persiapan sekolah petang. Zaman sekarang semuanya mahal belaka. Dapat yang murah pun mesti tak tahan lama dan cepat koyak.Tak sampai setengah tahun mesti ada yang berganti baru. Tak macam dulu. Tahan lama dan berkualiti. Macam kasut boleh pakai sampai akhir tahun. Beg boleh pakai sampai darjah 6.Itu dulu lah, sekarang lain. Untungnya anak-anak sekarang.Apa yang diminta pasti dapat. Anak-anak sekarang memang demand. Nak yang beg macamni.Tak nak camni..Nak beg yang ada roda..Haish..Dari satu kedai ke kedai lain memilih beg. Macam-macam design beg yang cantik.Rambang mata.  Apa yang penting berbelanjalah mengikut kema

Jangan Suka Menabur Janji

Ramai orang berjanji.Ramai juga yang memungkiri janji.Ada janji yang membawa bahagia dan ada janji yang membawa merana. Janji..memang mudah untuk diucapkan, tetapi melaksanakan bukannya mudah. Dari itu janganlah suka menabur janji kerana didorong rasa gembira  dan memberi harapan yang tinggi, kerana akan ada hati yang akan kecewa dan terluka sekiranya tidak dipenuhi. Ada juga di antara  ibu bapa yang berjanji dengan anak-anak.Mungkin bila berjanji dengan anak-anak dapat menenangkan perasaan hati anak-anak. Gembiralah hati si anak bila mendengar janji dari ibu bapanya. Apabila masa yang ditunggu telah tiba, menagih simpatilah anak-anak. Tapi janji tinggal janji.Kecewa dan sedih hati anak-anak apabila yang dijanjikan tidak ditunaikan. Jauhilah sikap suka berjanji kosong, kalau tidak mampu ditunaikan. Kerana ingatan anak-anak lebih tajam dan kuat dan akan ingat sampai bila-bila berbanding orang dewasa. Itu janji dengan anak-anak.Bagi pasangan yang bercinta.Janji kekasih kep

Jom buat Fruit Infused Water

Assalamualaikun dan salam jumaat semua.. Rasanya uolls semua pasti tahu tentang Fruit Infused Water (FIW) . Fruit Infused Water adalah campuran air putih atau kosong, tanpa bahan perasa dengan buah-buahan, daun herba dan dibiarkan di dalam peti sejuk  selama beberapa jam. FIW amat bagus untuk kesihatan kita sebabnya khasiat dari buah-buahan campuran ada dalam air tersebut.  Badan kita memang memerlukan 2 liter air setiap hari. Daripada minum air bergula setiap hari, jom buat FIW.  Ini dia My Fruit Infused Water . Campuran buah oren, strawberry dan pudina. Memang menyegarkan. Selalunya buat campuran oren dan lemon. Disebabkan lemon dah habis, dan ada lebihan strawberry, terhasillah seperti gambar di atas. Macam-macam resepi dan kombinasi campuran buah-buahan yang boleh kita buat. Kita juga boleh buat daripada buah-buahan lain seperti nenas,timun,tembikai susu,halia, serai,kulit kayu manis dan buah yang uolls suka. Bila nak minum ? Boleh minum sepanjang hari pun.

Singgah sebentar Strawberry Leisure Farm di Genting Highlands

Assalamualaikum semua.. Dalam perjalanan balik dari Terengganu ke rumah, kami singgah sekejap di Genting Strawberry Leisure Farm di Gohtong Jaya. Ini pun sebab aku beria-ia nak beli strawberry yang segar bugar. Kali terakhir ke sini 2 tahun lepas masa aina 5 tahun. Lama kan.Padahal nak ke Genting perjalanan tak lah jauh. Hanya mengambil masa 20 minit je dari rumah. Sebab dekat sangatlah kami jarang ke Genting Highlands.  Sampai je di pintu masuk Strawberry Farm.Eehhh..dan kena bayar. Dewasa RM8.00 dan kanak-kanak RM5.00. Masuk jugalah.Walaupun hati ini bengkak dan geram. Jumlah RM26.00. Papa aina dan anis memang tak puas hati. Tanya lah dengan pekerja di situ.Bayaran bermula bulan lepas. Nak petik strawberry pun boleh.Harganya 100gm RM8.00.Tak nak pun tak pe. Boleh beli depan masuk ladang strawberry.  Macam-macam ada di Genting Strawbery Leisure Farm. Ada Lavender Farm,Ladang cendawan,kedai dan cendermata. Bersakanlah aina dan anis jadi model di Lavender Farm.

Bercuti dan balik kampung Terengganu

Assalamualaikum semua.. Syukur alhamdulillah, cuti persekolahan akhir tahun 2014 telah pun bermula. Kalau uolls perasan blog ini seminggu lebih tidak berupdate. Ini bermakna bila tuan blog bercuti, blog ini pun bercuti. Nak menikmati cuti sebaik yang mungkin. Seperti biasa, bila cuti sekolah bermula,  ada yang akan membawa anak-anak bercuti. Paling tidak pun pulang ke kampung.K ami sekeluarga telah pulang ke Terengganu. Aina dan Anis memang excited sangat nak balik kampung Terengganu. Jumpa sepupunya sebelah papanya dan tok serta toki nya.  Yang paling best bila balik Terengganu, dapat makan macam-macam. Dari nasi hinggalah bermacam-macam jenis kuih yang sememangnya tiada di Selangor. Keropok lekor Terengganu memang sedap. Terasa ikannya. Sempatlah juga menikmati ikan celup tepung Teluk Ketapang. Murah dan sedap.  Yang ini memang kena naik.Apalagi berkudalah. Kalau boleh budak berdua ni nak berkuda tiap-tiap hari.Nasib baiklah rumah mertua ke bandar Terengganu ni dek

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segmen Bloglist Januari 2015 by CN Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di  cekgunorazimah.com  bermula pada hari ini,  30 November 2014 , iaitu tepat jam  12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014,  iaitu tepat jam  11.15 malam.  Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog   CN   Add To Circle G+CikguNorazimah   dan   Follow Instagram cikgunorazimah  (jika ada)   Buat entri bertajuk  " Segmen Bloglist Januari 2015 by CN"   Copy coding   yang telah disediakan dan paste kan ke dalam   ruangan HTML   dan   Publish  entri.     Tinggalkan URL entri   anda ke dalam ruangan komen   INI . Seramai 15 orang peserta akan  dipilih untuk masuk  dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN  ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  1 Januari 2015. Kredit untuk Kak Mialiana .