Ramai orang berjanji.Ramai juga yang memungkiri janji.Ada janji yang membawa bahagia dan ada janji yang membawa merana. Janji..memang mudah untuk diucapkan, tetapi melaksanakan bukannya mudah. Dari itu janganlah suka menabur janji kerana didorong rasa gembira dan memberi harapan yang tinggi, kerana akan ada hati yang akan kecewa dan terluka sekiranya tidak dipenuhi.
Ada juga di antara ibu bapa yang berjanji dengan anak-anak.Mungkin bila berjanji dengan anak-anak dapat menenangkan perasaan hati anak-anak. Gembiralah hati si anak bila mendengar janji dari ibu bapanya. Apabila masa yang ditunggu telah tiba, menagih simpatilah anak-anak. Tapi janji tinggal janji.Kecewa dan sedih hati anak-anak apabila yang dijanjikan tidak ditunaikan.
Jauhilah sikap suka berjanji kosong, kalau tidak mampu ditunaikan. Kerana ingatan anak-anak lebih tajam dan kuat dan akan ingat sampai bila-bila berbanding orang dewasa.
Itu janji dengan anak-anak.Bagi pasangan yang bercinta.Janji kekasih kepada kekasihnya sebelum bernikah.Biasalah adat bercinta,tak sah kalau tak berjanji dengan janji manis, janji tak lekang dimulut.Saya janji...saya janji..Begitu juga janji suami kepada isterinya. Bila si suami sekali berjanji dengan si isteri, akan tuntut sampai bila-bila..Janji masa kawan,janji masa berkahwin semuanya tersimpan rapi dalam memori..
Adalah berdosa, jika janji dimungkiri, kerana ianya tergolong dalam ciri-ciri orang munafik. Oleh itu janganlah suka berjanji. Tak kira kawan kita, ibu bapa, suami isteri, anak-anak, boss kepada stafnya,adik beradik, saudara mara dan lain-lain..
nak mengatakan janji itu mudah, tapi nak tunaikan janji itu kadang2 susah. maka berfikir sebelum berjanji. :)
ReplyDeleteKdg2 ada org yg dah biasa berjanji tapi ta ditepati.. janji ibarat tak ada apa buatnya hmmm....
ReplyDeleteelak berjanji klu kita tak tahu sama ada dpt tunaikan ke idak ...
ReplyDeletekita ni da la x byk pahala. berjanji itu ini kalu x tunaikan, sm mcm burn pahala gitu2 je
ReplyDeleteAssalammualaikum....
ReplyDeletewah... tak berjanji , takut memungkiri janji...
mselim3
Orang yang pandai janji tapi tak pandai tunai ni memang spesis tak boleh buat kawan.
ReplyDeleteJangan berjanji jika kita tak mampu tunaikan..ingatan untuk diri sendiri..
ReplyDeleteada jenis manusia yg mmg suka berjanji...tapi janji kosong jer...
ReplyDeletePaling takut 'janji melayu'. Kosong semata-mata.
ReplyDelete