Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Fesyen

Perkembangan Fesyen Tudung Kini

Amboi-amboi ke main anis menggayakan shawl barunya.Sukalah dia bila papanya belikan tudung shawl untuknya.Aina mula-mula tak nak, pas tu beria-ia nak tudung purple. Bergaya sakanlah anis dan aina nanti  ye.. Sekarang ini pun kanak-kanak pun boleh bergaya macam orang dewasa.Jangan tak tahu kan.Mak bergaya, anak pun sama bergaya. Bercerita pasal fesyen tudung d Malaysia, sekarang ini fesyen tudung sudah mengalami revolusi dan ianya lebih komersial . Macam-macam stail tudung sekarang dan banyak kedai   tudung online tumbuh bak cendawan. Harganya  pula tentulah berbeza mengikut kualiti dan jenis kain yang digunakan. Jangan susah hati tutorial cara nak menggayakan tudung pun banyak di internet.Tapi bagi aku keselesaan dan mudah dipakai amat penting selain mengikut trend masa kini . Kalau kita perhatikan, fesyen tudung di Malaysia sekarang mengikut musim. Aku ingat lagi ada satu masanya Tudung Bawal mendapat tempat di hati, kemudian apabila Tudung Sarung ...

Cantiknya Jubah Dress..

Assalamualaikum.. Perasan tak sekarang ni trend pakai jubah moden ataupun jubah dress.Di FB,web atau Instagram pun banyak jubah dress yang cantik,sopan dan kemas. Kebetulan pula memang mencari jubah dress untuk menghadiri kenduri kahwin kawan bulan September ini..Jadi teringin pulak nak pakai jubah dress pula..Sebelum itu adalah usha jubah dress yang lain tapi rasa macam tak sesuai..Macam artis lah pula nanti.. Bila tengok jubah dress ini memang sesuai sangat lah..Simple and Yet Elegant..Suka,suka, harga pun boleh tahan.Sesuai juga untuk ke office,open house,function dan BF friendly. Rana Fitrina Rana Signoria Cantikkan..uolls boleh tengok kat link ni ye.. Rana Aswad .  Macam-macam design ada.. Banyak lagi jubah moden yang cantik di pasaran sekarang.Rambang mata nak pilih.Yang murah dan mahal pun ada.Ikut kemampuan masing-masing.Janji menutup aurat, sopan dan kemas.. Emmm..nanti beli jubah dress mesti si comel anis nak jugak..Mesti anis cakap cantikny...

Colour Your Day!!

Tadi belek-belek majalah rapi keluaran April, menarik pula artikel ini..Colour Your Day..Rahsia Tampil Menawan..wah boleh cuba ni..tak de lah rasa boring asyik warna baju yang sama setiap hari.. I snin-Putih Putih melambangkan kesucian rohani.Sucikan hati dan ikhlaskan diri bagi memulakan hari pertama ke tempat kerja setelah bercuti di hujung minggu. Tak perlu mengenakan semua warna putih, mungkin boleh padankan dengan seluar, kasut atau beg tangan dengan warna yang sepadan atau bercorak. Selasa-Merah Jambu Hari yang penuh kasih sayang dan romantis.Jika emosi dan mood kurang stabil,kenakan pakaian bertemakan warna merah jambu.Mungkin dapat membantu menjadikan emosi stabil dan tenang. Saya suka warna ini.. Rabu-Biru Biru sering dikaitkan dengan keberkesanan dalam komunikasi atau perhubungan.Kalau ada mesyuarat atau temujanji dengan insan istimewa sebaiknya kenakan warna biru ya! Khamis-Kuning atau Oren Hari yang penuh keceriaan. Warna yang menyerlahkan aura dan ...