Skip to main content

Colour Your Day!!

Tadi belek-belek majalah rapi keluaran April, menarik pula artikel ini..Colour Your Day..Rahsia Tampil Menawan..wah boleh cuba ni..tak de lah rasa boring asyik warna baju yang sama setiap hari..
Isnin-Putih
Putih melambangkan kesucian rohani.Sucikan hati dan ikhlaskan diri bagi memulakan hari pertama ke tempat kerja setelah bercuti di hujung minggu. Tak perlu mengenakan semua warna putih, mungkin boleh padankan dengan seluar, kasut atau beg tangan dengan warna yang sepadan atau bercorak.

Selasa-Merah Jambu
Hari yang penuh kasih sayang dan romantis.Jika emosi dan mood kurang stabil,kenakan pakaian bertemakan warna merah jambu.Mungkin dapat membantu menjadikan emosi stabil dan tenang. Saya suka warna ini..

Rabu-Biru
Biru sering dikaitkan dengan keberkesanan dalam komunikasi atau perhubungan.Kalau ada mesyuarat atau temujanji dengan insan istimewa sebaiknya kenakan warna biru ya!

Khamis-Kuning atau Oren
Hari yang penuh keceriaan. Warna yang menyerlahkan aura dan daya penarik wanita.Wow..

Jumaat-Hijau
Hari kehidupan.Ia melambangkan ketenangan dan kedamaian.Sesuai dengan kejadiannya iaitu penghulu bagi sekalian hari yang mulia bagi umat Islam. Ada pendapat menyarankan supaya kita melihat apa saja yang bewarna hijau untuk menyegarkan fikiran dan mata yang seharian bekerja.

Sabtu-Merah
Melambangkan keberanian dan tuah.Penampilan pasti akan menyerlah!

Ahad-Hitam
Warna yang cukup elegan digayakan. Hari yang melambangkan masa untuk berehat dan melapangkan fikiran selepas berhempas pulas bekerja.

Apa lagi jom kita warna-warnikan hari dengan penuh keceriaan dan kegembiraan..

Comments

  1. hari ini hari jumaat.. nasib baik pakai hijau.. :D

    ReplyDelete
  2. Fiza pakai pepel hari nie.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza buat koleksi warna dalam almari baju fiza..hehehe..menarik kan..

      Delete
  3. eiqa tibai ajee baju wrna ape, haha
    kadang2x wrna baju pun ikut mood kte kann kak :D

    ReplyDelete
  4. Thanks AB...color hijau tu kita jarang sangat kita pakai coz not really my colors..Kena biasakan diri lepas ni..

    ReplyDelete
  5. biasanya isnin CN dengan warna merah untuk mood ceria ! hehe

    ReplyDelete
  6. ada juga yg xtreme dgn satu kaler jer ... menarik utk dicuba .

    ReplyDelete
  7. niesa hari2 nk pakai pinkkkkk je..cm ne tu kak?hahaha..nice sharing..dh lama cari warna utk setiap hari ni..xjumpa..thanks kak!happy weekend..

    ReplyDelete
  8. Benda-benda macam ni lah yang selalunya buatkan orang rumah saya lewat pergi kerja. Nak pilih warna baju pun dah dekat sejam. Haha

    ReplyDelete
  9. harini pakai kaler oren. takda pulak ye kaler oren. hehehhehee

    ReplyDelete
  10. mama kaler suka warna warni , mama tak se feberet kaler pun.. asal cantik ok je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet