Assalamualaikum dan selamat petang... Selesai main bowling (Ahad-31 Ogos 2014) ,kami menonton wayang filem Mamak Cupcake..Tiket memang dah beli awal-awal, terus kitorang masuk panggung. kredit:google Bagi aku filem ini sesuai lah ditonton bersama family,santai dan ada unsur-unsur komedi dan romantik.Memang kelakar bila Sahiezy Sam bercakap loghat mamak..Yelah tak kan nak bercakap bahasa melayu, padahal dalam filem ini, Mohamad Jamaludin(MJ) lakonan Sahiezy Sam telah dihantar oleh ayahnya ke India selama 10 tahun untuk belajar selok perniagaan Nasi Kandar.Manakala abangnya lakonan Azad belajar di USA yang meminati muzik hip hop. Filem ini mengisahkan Mohamad Jamaludin (MJ) yang beketurunan Mamak mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang berbeza di mana beliau amat meminati pembuatan cupcake.Malangnya hasrat dan cita-cita terhalang kerana bapanya mahu MJ mewarisi perniagaan Nasi Kandar. Sehinggalah beliau telah berjumpa dengan Juliana lakonan Siti Saleh...