Skip to main content

Posts

Showing posts from March 11, 2014

Kembali kepada Pencipta Alam

Amat tersentuh dengan kata-kata Kapten Nurodin Abd Majid. Beliau merupakan bekas ketua bahagian pesawat 777 semasa berkhidmat di MAS. Apabila ditanya apakah yang berlaku ke atas MH370 ? Jawapan beliau dengan penuh yakin dan tegas "Hilang!  Full Stop..!" "Kita orang yang beriman Allah yang menentukan segala-gala..Dunia ini kepunyaan Pencipta.. Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari ? Kuncinya adalah..Doa daripada orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah Subhanallah Taala dan doa ahli keluarga yang bersedih".. Semua yang berlaku dengan izin Allah.Manusia adalah hamba yang serba kekurangan.Berusahalah kita dan berdoalah kepadaNya. Betapa canggih sekalipun ciptaan sains dan teknologi manusia , doa dan mohonlah kepadaNYa adalah kunci segalanya..