Skip to main content

Posts

Showing posts from July 5, 2013

Air Sumber Cantik Semulajadi

Tips kecantikan kali ini tentang Air sebagai sumber cantik semulajadi. 70% daripada tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu, kesihatan amat bergantung kepada kualiti air yang masuk ke dalam tubuh. Ada tiga faedah yang bakal kita semua perolehi jika tahu memanfaatkan sumber alam ini:   Menambahkan seri wajah -Jika tubuh kita terhidrat elok di dalam, kulit akan terlihat lebih segar dan berseri.Kita disarankan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.    Tegangkan kulit - Sejak berabad dulu, penduduk Eropah Barat sering melakukan terapi air untuk menyahtoksikan dan menegangkan kulit mereka. Prosesnya bermula dengan sesi di bilik stim untuk membuka pori-pori. kemudian mereka berendam di dalam kolam sejuk untuk memberi kejutan pada kulit. Mari kita cuba rendamkan tuala wajah ke dalam air hangat. Tekapkan tuala tersebut ke wajah beberapa minit. kemudian, cuci wajah dengan air suam. Seterusnya, percikkan air ais pada wajah kira-kira 15 minit. Pasti sangat berkesan untuk mene